Header Ads

Tular Video Isu Isteri Orang Dipukau, Kakak Mangsa Tampil Buat Penjelasan Dan Sangkal Tomahan Negatif Netizen

Sejak beberapa hari yang lalu, tular mengenai kisah seorang wanita didakwa dipukau oleh seorang lelaki bukan Melayu. Beberapa keping gambar dan video mesra membabitkan 'pasangan' tersebut turut disebarkan ke media sosial oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Netizen yang hadir untuk memberi komen di video tersebut dilihat tidak percaya dengan alasan yang diberikan oleh keluarga wanita tersebut bahawa dia telah dipukau oleh lelaki tersebut.

Malah, kakak kepada mangsa tersebut turut mendakwa ada segelintir netizen bertindak secara keterlaluan dengan meninggalkan komen yang tidak senonoh, selain berkongsi gambar dia dan anaknya di media sosial.

Susulan kejadian itu, kakak kepada mangsa melalui satu kemas kini di laman Facebooknya telah memuat naik satu kenyataan untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

Menurutnya, mangsa dan lelaki yang tular di dalam video tersebut merupakan rakan sekerja yang berkerja di sebuah pam minyak di Jalan Kulau, Kota Tinggi di Johor. Di sepanjang tempohnya bekerja di situ selama 6 bulan, kakak mangsa mendakwa adiknya telah menjadi mangsa sihir dan pukau, dan disedari oleh keluarga.

Antara perubahan-perubahan yang ditunjukkan oleh mangsa menurut dakwaan kakaknya adalah berubah menjadi seorang yang pemarah, selain membenci suami dan anaknya sendiri.

''Kami membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan, dan ketika inilah lelaki itu mendesak adik saya untuk menuntut cerai daripada suaminya.

''Sekiranya enggan, lelaki itu mengugut untuk menyebarkan gambar dan video mereka yang diambil tanpa pengetahuan adik saya,'' ujar kakak mangsa lagi.

Lelaki itu yang mengetahui kata laluan akaun Facebook dan Instagram mangsa kemudian bertindak mengambil alih dan mengubah kata laluan akaun-akaun tersebut. Malah dia turut mengugut suami mangsa  untuk menggunakan akaun tersebut untuk memuat naik gambar dan video mereka.

Suami mangsa kemudian membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengenai kejadian tersebut sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan dengan memadam akaun itu.

Lelaki tersebut bagaimanapun telah menghasilkan satu akaun Facebook baru dan menggunakan platform itu untuk menyebarkan gambar dan video mereka dipercayai atas tujuan untuk mengaibkan keluarga mangsa.

Dalam pada itu, kakak mangsa turut memberitahu beberapa salinan screenshot komen-komen netizen yang meninggalkan komen tidak elok kepadanya telah di simpan dan laporan polis bagi pihaknya telah dibuat.

Sumber : Zulaikha Abd Ghani

from Siakap Keli News http://bit.ly/2LMcyIA
sumber : siakapkeli

No comments