Julia Ziegler hamil anak sulung
Pelakon Julia Ziegler berkongsi perkhabaran gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil dua bulan.
Menurut entri di Instagram (IG) Official Hlive, Julia, 34, berkata, dia bersyukur kerana bakal bergelar ibu tidak lama lagi dan berterima kasih kepada peminat yang mendoakan untuknya selama ini.
“Alhamdulillah tahniah kepada @zieglerjulia yang kini hamil 2 bulan. Julia, 34, berkongsi berita gembira ini ketika ditemui di Program CSR Bubur Lambuk Adabi di IJN hari ini.
“Menurutnya, usia kandungan masih lagi baru dan Julia berterima kasih kepada semua peminat yang tidak putus-putus mendoakannya.
“Semoga semuanya dipermudahkan buat Julia dan juga kandungannya. Amin,” tulisnya.
Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler diijab kabulkan dengan jurutera mekanikal yang hanya dikenali sebagai Johan pada 1 Januari tahun lalu.
sumber: wowberita

Post a Comment