''Maaf, Sampai Di Sini Sahaja, Semoga Hidayah'', Kata 'Akhir' Da'i Wan Buat Instafemes Faiz Rozlan
Setelah kes parodi menyerupai perempuan dengan aksi mengghairahkan pada hari pertama Ramadhan, kini tercetus pula kontroversi baru oleh Faiz Roslan. Dia secara terang-terangan mengaku menerusi live di Instagram bahawa dia tidak berpuasa disebabkan tidak menunaikan solat. Menerusi live itu juga, Faiz secara terbuka mempamerkan rakannya sedang makan. Mendapat kecaman ramai, dia akhirnya menutup akaun instagram semalam.
Da'i Wan yang sebelum ini sudah beberapa kali menasihati mereka sehingga dijemput ke sebuah rancangan untuk bersemuka dan berdamai akhirnya 'kalah'. Nampaknya beliau seakan sudah berputus asa kerana segala nasihat tidak diendahkan. Bukannya berusaha memperbaiki diri, malah bersikap sebaliknya. Namun begitu, beliau tetap mendoakan semoga mereka diberikan hidayah.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengikutnya yang memberi sokongan dan kata-kata semangat untuk terus berdakwah dalam masyarakat.
Jelas Da'i Wan, ungkapan 'kalau tak solat, puasa tiada gunanya' adalah satu kesalahan orang yang tidak mahu mencari ilmu lebih dalam lagi tentang Islam.
Ujar beliau, mereka yang tidak solat, ibadah puasa tetap diterima. Namun dikategorikan sebagai orang yang fasik kerana meninggalkan solat lima waktu.
Untuk lebih jelas, jom kita ikuti rakaman temubual Da'i Wan di Kool FM berhubung isu puasa tetapi tidak solat. Semoga dapat memberi kesedaran kepada semua untuk berubah menjadi lebih baik.
— Da'i Wan (Official) (@wandazrin) May 30, 2018
Persoalan yang telah saya jawabkan dulu di @koolfmmy. Kita bersama Ulama’ kontemporari dlm pandangan yg ke 2. Ibadah puasa tetap diterima Allah swt jika pengamalnya cukup syarat dlm melaksanakan puasa yg sah. pic.twitter.com/awqig5e7S6
Sumber : Da'i Wan
from Siakap Keli News http://bit.ly/2xs2Mbt
sumber : siakapkeli

Post a Comment