8 Jenama Sardin/Mackerel Dalam Tin Ada Cacing
Sebelum ini telah tular mengenai isu ikan sardin dalam tin yang didapati mengandungi cacing mati. Saya ikuti juga perkembangan isu ini. Mana tidaknya, saya merupakan antara ramai pengguna di Malaysia yang meminati menu masakan ikan sardin dalam tin ini.
Disebabkan ada perkembangan terkini mengenai isu jenama ikan sardin yang ada cacing mati ini, beberapa post berkaitan ikan sardin di dalam blog saya ini turut menerima tempias trafik, antaranya entri-entri berkaitan resepi ikan sardin.

Isteri saya memaklumkan kepada saya, bahawa ada kenyataan akhbar terkini dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) Malaysia mengenai isu ikan sardin tin mengandungi cacing mati ini, bertarikh 27 Jun 2018.
Menerusi laman web KPK Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan perkembangan terkini tentang laporan yang tular di media sosial berkaitan cacing mati yang ditemui dalam produk sardin dalam tin ini.
Dari kenyataan akhbar tersebut, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah mengenal-pasti beberapa jenama sardin dalam tin yang telah dikesan mengandungi cacing ini.
Jenama sardin di dalam tin tersebut telah dikesan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus nisakis spp. sebelum ini ialah dari jenama ikan sardin dalam tin - TL Tan Lung dan TLC, malah menurut laporan siaran akhbar tersebut, hasil pemantauan terkini mendapati terdapat tiga lagi jenama produk ikan sardin dalam tin iaitu jenama Cinta, Sea Fresh dan HS Brand juga mengandungi cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp..
Manakala, produk ikan mackerel dalam sos tomato jenama King Cup, Bintang dan TC Boy juga telah didapati mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.
Ini bermakna, pihak KKM telah mengesahkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya lapan jenama produk sardin dan mackerel dalam tin mengandungi cacing iaitu:
- L Tan Lung
- TLC
- Cinta
- Sea Fresh
- HS Brand
- King Cup
- Bintang
- TC Boy
SUMBER: :hasrulhassan.com

Post a Comment