“Bila nak mati..?” – Terlantar di hospital, Nabila Razali dapat komen biadab netizen
Sebut sahaja ‘cumi-cumi’, pasti terbayang penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang tampil manis berhijab sejak menyertai rancangan Akademi Fantasia musim ke-10 lagi.
Namun baru-baru ini, penyanyi lagu Pematah Hati itu telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Tawakal akibat keracunan makanan pada malam Ahad lalu.
Tidak ingin membuat orang ramai risau terutama peminatnya, pelakon yang terpaksa menangguhkan penggambaran drama Cintaku Di Bumi Izmir itu berkongsi sebuah posting mengenai keadaan kesihatan dirinya.
Menerusi laman Instagram miliknya, Nabila telah memuat naik sekeping gambar memberitahu bahawa dia semakin pulih dan berterima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan dirinya.
“Assalamualaikum semua. First of all Bella nak ucap terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan Bella.
“Alhamdulillah, Bella semakin okay sekarang dan masih mendapatkan rawatan doctor. Kalau semua ok InshaAllah esok atau lusa dah boleh discharge,” katanya.
Gadis berusia 26 tahun itu juga turut menasihati orang ramai agar berhati-hati apabila menikmati juadah di rumah terbuka kerana bimbang akan mengalami keracunan makanan sepertinya.
Posting yang kelihatan dirinya terlantar di atas katil hospital itu telah dihujani dengan pelbagai komen yang rata-rata mengharapkan agar dia kembali sembuh seperti biasa.
Namun tidak kurang ada pula komen yang agak keterlaluan apabila individu tersebut bertanya kepada Nabila bilakah kematian akan menjemputnya.
Aihh nak kata bergurau, lain macam kasar dia. Mulut tu kemain celupar ya! Jangan sampai puak bawang serang IG kau dik!
Sumber : Nabila Razali
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment