Pelabur asing terus jual saham tempatan
KUALA LUMPUR: Momentum penjualan dana asing di Bursa Malaysia meningkat minggu lalu apabila mencecah RM498.4 juta, dua kali ganda berbanding jumlah yang dijual pada minggu sebelumnya.
Pelabur global menjadi penjual bersih saham pada setiap hari minggu lalu, sekali gus meneruskan penjualan harian kepada tujuh hari berturut-turut.
Penjualan bersih dana global minggu lalu adalah paling rendah pada Isnin iaitu hanya RM28.1 juta, jumlah paling kecil sejak 26 April 2018 apabila selara risiko adalah kukuh susulan kenyataan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berhubung 402 projek dalam rancangan dengan cadangan pelaburan RM75 bilion setakat Mei 2018.
Jumlah penjualan bersih kemudiannya melebar pada Selasa dan Rabu masing-masing pada RM129.1 juta dan RM244.2 juta, di sebalik langkah China untuk mengembangkan rangsangan fiskal.
Bagaimanapun, paras penjualan asing kembali ke tahap terkawal RM35.7 juta pada Khamis.
Sentimen dipulihkan apabila perjanjian antara Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) untuk menggantung tarif perdagangan sambil merundingkan sekatan lebih rendah ke atas perdagangan Trans-Atlantik.
Pelabur antarabangsa membuat jualan lebih sedikit pada Jumaat yang berjumlah RM61.3 juta apabila perhatian kini beralih ke China selepas AS merancang meneruskan rundingan perdagangan bersama Mexico dan Kanada.
Julai akan menjadi bulan aliran keluar dana ketiga terendah setakat tahun ini dengan penjualan bersih berjumlah RM1.98 bilion setakat Jumaat lalu.
Di peringkat serantau, Malaysia masih lagi menjadi pasaran aliran keluar dana kedua terbesar dalam kalangan pasaran ASEAN, meskipun jumlahnya kini menghampiri paras RM9 bilion.
sumber: wowberita

Post a Comment