Header Ads

‘Undilah BN untuk kalahkan PH’ – Ulama PAS

Seorang lagi pemimpin kanan dan bertaraf ulama PAS tampil menggesa supaya penyokong parti itu mengundi calon BN, Datuk Lokman Noor Adam.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata pada dasarnya kedua-dua parti yang bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) itu beramal dengan sekularisme dan menjadi bebanan kepada Islam.

Bagaimanapun secara bandingan kata bekas calon PAS untuk kerusi parlimen Padang Besar itu, Pakatan Harapan (PH) lebih memudaratkan Islam berbanding BN.

Katanya pendirian itu dibuat selepas melihat kepada kenyataan yang dibuat pimpinan PH.

“Lebih-lebih lagi dalam keadaan parti-parti Melayu Islam dalam PH boleh dikatakan tunduk kepada kehendak DAP, parti yang tidak tersembunyi lagi kebenciannya terhadap Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam konteks PRK Sungai Kandis, kata Mokhtar, isu yang utama bukanlah untuk memenangkan sesebuah parti, sebaliknya siapa yang “patut dikalahkan”.

Katanya penyokong PAS mengundi BN bukanlah kerana mereka mengiktiraf ideologi Umno itu sebagai benar, sebaliknya disebabkan mahu PH dikalahkan.

“Kerana kemudaratan didatangkan PH jauh lebih merosakkan berbanding BN,” katanya.

Bagi pihak diri sendiri

Selepas pengundi menolak Umno pada PRU ke-14 lalu, kini tiba masa untuk mereka menolah PH pula dan keperluan itu, katanya, dianggap lebih utama.

“Kekalahan PH di PRK Sungai Kandis tidak banyak memberi kesan kepada kerajaan pusat, namun perlu disedari bahawa kekalahan mereka di Sungai Kandis bakal menghantar mesej bahawa walaupun mereka sudah menang dan menguasai Putrajaya, namun mereka tidak patut menjadi seperti gajah yang turun minyak.

“Hormati rakyat, hormatilah Islam dan bangsa pribumi Melayu.

“Kesimpulannya saya mahu memberitahu kepada pengundi di Sungai Kandis, undilah BN untuk mengalahkan PH,” katanya.

PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos ini menyaksikan calon PH, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, berdepan cabaran Datuk Lokman Noor Adam yang cuba merampas kerusi berkenaan.

Mohd Zawawi ialah pengetua sebuah maahad tahfiz, manakala Lokman bekas panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas yang sudah dibubarkan kerajaan.

Sebelum ini dua lagi pemimpin kanan PAS – Nasrudin Hassan dan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali – sudah menyatakan secara terbuka gesaan mereka untuk penyokong parti terbabit supaya mengundi Lokman.

Untuk rekod, Mokhtar berkata, kenyataan dibuatnya hari ini selepas menerima banyak soalan mengenai pendirian PAS dalam PRK Sungai Kandis.

“Saya tak mahu jawab bagi pihak PAS, sebab saya hanya AJK kecil dalam PAS Pusat. Namun saya nak jawab bagi pihak diri saya sendiri.

“Jika serasi dengan pandangan anda, maka kita telah ada persamaan. Kalau tak serasi maka kita saling menghormati perbezaan itu,” katanya.

sumber: wowberita

No comments