Sarat mengandung 7 bulan, Shakilla Khoriri tunai hajat ‘hiking’ bukit sebelum bersalin
Jarang kita lihat wanita yang mengandung masih begitu aktif dan bersemangat melakukan aktiviti lasak lebih-lebih lagi apabila kandungan mereka sudah mencecah 6 bulan ke atas.
Berbeza pula dengan pelakon cantik, Shakilla Khoriri yang kelihatan masih begitu aktif dan bersemangat melakukan aktiviti lasak yang telah diidamkannya sejak pada awal kehamilan lagi.
Semalam, isteri kepada penyampai radio Suria FM, Fizi Ali itu dilihat telah memuat naik sekeping foto yang mana dia mengakui telah pun selesai mendaki sebuah bukit di Felda Lurah Bilut, Bentong Pahang.
Rata-rata ramai antara pengikut Shakilla yang begitu kagum terhadap pelakon drama bersiri Air Mata Di Bumi Matador dan meninggalkan komen pada laman Instagramnya.
Shakilla dan Fizi bernikah pada 18 Februari yang lalu dan dikatakan bakal menimang cahaya mata perempuan pada awal Mac hadapan.
Bayi dalam kandungan pelakon cantik itu juga pernah disahkan songsang namun ia dikatakan kembali normal setelah Shakilla tidak lagi merasakan perutnya mengeras.
Sumber : IG Shakilla Khoriri
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment