“Tenanglah di sana, Adib…” – Anggota bomba mangsa rusuhan kuil, dijemput Ilahi 9.41 malam
Tiga minggu bertarung nyawa di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 9.41 malam ini Muhammad Adib telah disahkan meninggal dunia.
Berita kematian anggota bomba itu telah disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dalam kenyataannya.
Dukacita dimaklumkan bahawa pegawai bomba Muhammad Adib Kassim telah meninggal dunia pada jam 9.41 malam. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Semalam, keadaan kesihatan Adib dilaporkan semakin merosot dan fungsi paru-paru mengalami penurunan. Pihak IJN dalam kenyataannya memberitahu bahawa selepas penilaian menyeluruh paru-paru Adib telah menunjukkan tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, sehingga menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.
Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.
Sumber : Sinar Harian
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment