“Allah temukan Bari dengan ayah selepas dua hari kita terpisah,” -Bapa redho pemergian Bari
Hati ayah mana yang tidak terobek apabila kehilangan seorang anak yang sanggup menggadai nyawa demi untuk menyelamatkan orang lain.
Redho dengan pemergian anaknya, Mohd Mustafa, 66, yang sebelum ini sering bersama ahli masjid menyempurnakan solat jenazah, namun tidak menyangka hari ini dia akan menyempurnakan solat jenazah buat anaknya sendiri.
Jika diikutkan, dia mahu mengimamkan sendiri solat jenazah anak lelakinya itu, tetapi sebagai tanda hormat Mohd menyerahkan tugas itu kepada gurunya yang juga imam Masjid Kampung Merbau Patah, Terengganu.
Selepas menerima berita mayat Bari sudah ditemua, bapa yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jenagor tidak berasa terkejut, kerana sudah dapat merasakan anaknya sudah tidak bernyawa lagi.
Malah, Mohd berasa amat bersyukur dengan penemuan mayat anaknya, baginya Allah telah memakbulkan doanya untuk melihat jenazah anaknya itu dikuburkan.
“Syukur kematiannya berkubur… Alhamdulillah.. doa saya untuk melihat kuburnya dimakbulkan… Allah SWT mendengar rintihan saya dan keluarga untuk melihat kuburnya sekiranya itu ketentuan Allah SWT.”
Abdul Bari yang merupakan anak ketiga daripada lapan beradik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung berkenaan selepas solat Zuhur.
Sumber : Harian Metro
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment