Header Ads

Berang: Ini Respon Turki Berikutan Penindasan China Terhadap Muslim Uighur

ANKARA: Turki mengutuk layanan China ke atas penduduk Islam Uighur, menyifatkan ia sebagai ‘keaiban besar kepada kemanusiaan’, menambah kritikan yang dilemparkan kumpulan hak asasi berhubung penahanan beramai-ramai etnik itu.

“Dasar asimilasi sistematik dilakukan pihak berkuasa China terhadap penduduk Uighur adalah keaiban besar kepada kemanusiaan,” kata jurucakap Kementerian Luar Turki, Hami Aksoy, dalam kenyataan.

Wilayah Xinjiang di barat laut China, yang ramai etnik Uighur, diletakkan di bawah pengawasan ketat polis sejak beberapa tahun lalu, selepas ketegasan ganas antara etnik.

Hampir sejuta etnik Uighur dan minoriti berbahasa Turki di China dilaporkan ditahan di kem pendidikan semula, menurut panel pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beijing berkata, pusat pendidikan vokasional membantu penduduk daripada terperangkap dengan keganasan dan membolehkan mereka bergaul dengan masyarakat.

Pengkritik berkata, China mahu minoriti di Xinjiang bergaul dan menekan agama dan amalan budaya yang bertentangan dengan ideologi Komunis dan penguasaan budaya etnik Han.

“Bukan lagi rahsia bahawa lebih sejuta penduduk Uighur yang berbahasa Turki, yang terdedah kepada penangkapan, menjadi subjek kepada seksaan dan ideologi politik dan pusat tahanan dan penjara.

“Etnik Uighur yang tidak ditahan juga dikenakan tekanan hebat,” kata Aksoy dalam kenyataan Kementerian Luar Turki.

Ankara juga menggesa masyarakat antarabangsa dan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, supaya mengambil langkah efektif untuk menamatkan tragedi kemanusiaan di Xinjiang. — AFP

Petikan laporan Harian Metro (10/02/2019).

sumber Laicikang http://bit.ly/2tcJSQK

No comments