Hilang sewaktu ke kedai, kanak-kanak dijumpai dibunuh kejam dengan organ dalaman dikeluarkan
Pada 30 Januari lepas, anak ketiganya pasangan suami isteri ini tidak pulang ke rumah selepas anaknya keluar ke dari rumah dan ingin kedai dengan menaiki basikal, berhampiran rumahnya di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan Pahang.
Pencarian selama 10 hari akhirnya menemui mayat anak mereka yang dikenali sebagai Siti Masyitah Ibrahim, 11 tahun di ladang kelapa sawit pada pukul 5 petang semalam.
Mayat Siti Masyitah Ibrahim ditemui dalam keadaan menyayat hati selepas tangan dan kaki mangsa diikat dan organ dalaman dikeluarkan dari tubuh mangsa.
Sebaik ditemui oleh orang kampung, ibu dan bapa mangsa segera bergegas ke tempat kejadian bagi mengenal pasti penemuan mayat anaknya.
Luluh dan berkecai hati saya apabila melihat keadaan anak saya seperti itu. Tangan dan kakinya diikat selain mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan kepala sudah terpisah daripada badan.Beberapa organ dalamannya juga tidak dijumpai. Semasa dia hilang sejak 11 hari lalu kami sudah cari dia di kawasan ini tetapi tidak menjumpainya.”
Ibu mangsa yang dikenali sebagai Zaleha menceritakan, sebelum Siti Masyitah hilang dia telah meminta RM1 untuk ke kedai dan berjanji akan pulang segera pada pukul 5 petang.
Namun kelibat anaknya tidak kelihatan sehingga malam, menyebabkan Zaleha dan suami membuat laporan polis di Balai Polis Pekan.
Menurutnya sebelum Siti Masyitah keluar ke rumah, anaknya memakai baju berwarna biru dan membonceng basikal berwarna merah jambu.
“Dia kata akan pulang awal namun selepas itu saya sudah tidak berjumpa dengannya. Laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Pekan pada hari sama dan usaha mencarinya sekitar kampung ini dilakukan penduduk setiap hari.“Dalam tempoh kehilangannya saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT menemukan saya dengannya dalam apa juga keadaan… bila saya lihat mayatnya semalam saya jadi sedih, mengapa mereka memperlakukan anak saya sebegini,” katanya.
Tidak dapat menahan kesedihan, ibu kepada empat anak itu meluahkan rasa marah dan sedih atas kejadian yang menimpa anak ketiganya itu.
“Mengapa mereka (pembunuh) tergamak lakukan perkara yang sebegini kejam kepada anak saya, apa dosanya?” katanya.
Sumber : Harian Metro
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment