Header Ads

Apasal pulak? Selepas foto panas tersebar, Emma dan Syed ‘unfollow’ IG masing2.

Pemilik nama Fatimah Rohani atau dikenali sebagai Emma Maembong, telah mencuri perhatian netizen sepanjang minggu ini, apabila mengumumkan keputusan untuk tampil dengan imej terbaru, tidak berhijab selepas foto panas bersama kekasihnya, Syed Abdullah tersebar di media sosial.
Berikutan itu, pasangan Syed Abdullah dan Emma Maembong dilihat telah membuat keputusan untuk tidak mengikuti (unfollow) Instagram masing-masing, selepas Emma mengambil keputusan tersebut.
Di laman Instagram Emma Maembong, pelakon berusia 27 tahun itu telah memadam foto bersama Syed Abdullah di Instagramnya.
Di laman Instagram, Emma dilihat telah memadamkan satu-satunya foto yang dimuat naik bersama Syed Abdullah ketika mereka melancong ke Dubai bersama-sama.
Manakala, pelakon itu juga turut unfollow Instagram kekasihnya. Berikutan itu, peminat mula membuat spekulasi tentang status percintaan mereka yang dikatakan goyah selepas kejadian tersebut.
Tindakan Emma Maembong itu, turut diikuti oleh Syed Abdullah apabila dia turut tidak mengikuti Instagram Emma Maembong, dalam senarai 166 following Instagramnya.
Namun Syed Abdullah dilihat tidak pula memadamkan foto kenangan bersama Emma di Instagram. Foto sewaktu mereka bercuti ke Dubai, masih tersimpan kemas di ruangan Instagramnya.
Walau bagaimanapun, tindakan kedua-dua pasangan ini tidak menandakan mereka berpisah, memandangkan tiada kenyataan daripada Emma dan Syed Abdullah. Namun tindakan mereka tetap mengundang spekulasi daripada peminat tentang status hubungan mereka.
sumber : ohmymedia.cc

No comments