Rupanya gadis ini yang menjadi punca rakyat Malaysia terkena demam ‘Bahenol’
Baru-baru ini media sosial telah dilanda demam ‘Bahenol’, mana tidaknya lagu pendek video animasi itu yang sebenarnya berasal dari Indonesia kini telah tular di media Malaysia.
Animasi yang bertajuk Si Nopal itu menceritakan mengenai dua beradik iaitu nopal dan cute girl yang ingin pergi berkhemah. Ternyata video animasi itu sangat menghiburkan sehingga ada dari kalangan pengguna termasuk artis telah memparodikan lagu Si Nopal itu.
Terkini, identiti pemilik suara latar yang menyanyikan lagu Si Nopal itu telah pun diketahui ramai menerusi Twitter, rupa-rupanya suara itu adalah milik seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dikenali sebagai Nadiah dari Bogor, Indonesia.
Ini rupanya budak yang dah buat otak aku seharian dok bahenol bahenol bahenol..Saranghae jongkuk saranghae cute girl..Aku hempok kang kau ni :') pic.twitter.com/i4fnV3Puii— MalaysiaLawakViral (@ViralLawak) February 8, 2019
Selepas identiti gadis itu didedahkan, ternyata ramai sekali yang dilihat sangat teruja dengan wajah sebenar pemilik suara Cute Girl itu.
Mana tidaknya, watak animasi Cute Girl itu menjadi bahan jenaka kerana menyerupai bentuk seperti punggung, dimana watak kartun hanya mempunyai mulut tanpa mata dan hidung.
Meskipun video animasi itu disifatkan agak menjengkelkan, namun masih menjadi tumpuan ramai dan semakin popular di laman media sosial sehinggakan ada yang tidak boleh berhenti menyanyi lagu Si Nopal anaknya Bahenol itu.
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment