Baby Shima terkejut kecewa video asyik bergelek di kelab malam disalah erti
Hari ini, kecoh di platform TikTok apabila tular sebuah video memaparkan memaparkan penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima sedang ‘asyik’ bergelek di sebuah pusat hiburan di sebuah hotel di Johor Bahru.
Penularan video tersebut sememangnya menjadi bualan ramai di mana mereka berpendapat penyanyi berusia 30 tahun itu mempunyai ‘kerja sampingan’ selain bergelar seorang selebriti.
@beautifulnara Alamak buat kerja tak “clean” #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia #babyshima
Hantaran tular tersebut mendapat perhatian empunya badan dan tampil menjelaskan perkara sebenar di mana ia bukanlah seperti disangka ramai dalam video berkenaan.
Pemilik nama Nor Ashima Ramli berkata, dia mengakui menerima jemputan untuk melakukan persembahan di sebuah pusat hiburan dan perkara itu juga telah war-warkan di platform media sosial pada malam sebelum kejadian.
Jelasnya lagi, dirinya terus pulang sebaik sahaja selesai menyanyi empat buah lagu seperti mana dijanji bersama pihak pengurusan.
“Persembahan itu berlangsung dalam pusat hiburan di sebuah hotel di Johor Bahru. Saya ditawarkan menyanyi empat lagu dan lepas menyanyi saya balik.
“Tapi cara portal itu memuat naik tajuk amat mengejutkan. Seolah-olah saya buat kerja tak elok. Nampak sangat niat mereka untuk memburukkan nama saya,”ujarnya.
@babyshimaofficial Terima kasih semua yang datang show semalam.. jumpa lagi JB.. semua sporting #babyshima #byma #fyp
Tambah Shima, dia bukanlah artis pertama beraksi di pentas tersebut memandangkan pengurusan terbabit juga pernah mengundang MK K-Clique, Ben Ladin, Zynakal, Kidd Santhe dan ramai lagi.
Shima berkata, tidak menjadi masalah sekiranya dia bergelek sewaktu melakukan persembahan kerana dirinya merupakan seorang penyanyi dangdut.
“Saya sebenarnya malas nak panjangkan isu ini tapi kena juga bercakap kerana keterangan gambar mereka amat mengaibkan. Sangat tak seronok dengan apa yang berlaku.
“Saya bukanlah sengkek atau terdesak cari duit sampai sanggup buat ‘show’ seperti yang mereka maksudkan,”jelasnya.
Dalam pada itu, anak kelahiran Masai, Johor Bahru mengakui kecewa dengan netizen kerana mempercayai video yang tersebar selain mempunyai tanggapan negatif terhadap dirinya.
Sumber: TikTok beautifulnara & babyshimaofficial, Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman)
Saya sebenarnya malas nak panjangkan isu ini tapi kena juga bercakap kerana keterangan gambar mereka amat mengaibkan. Sangat tak seronok dengan apa yang berlaku.
“Saya bukanlah sengkek atau sangat terdesak cari duit sampai sanggup untuk buat ‘show’ seperti yang mereka maksudkan,” katanya.
Menurutnya, dia kecewa secara tidak langsung netizen akan percaya dan menyangka yang bukan-bukan terhadapnya.
The post Baby Shima terkejut, kecewa video ‘asyik’ bergelek di kelab malam disalah erti appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/84d5hWz
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment