Header Ads

Intern bukan buruh- Harus dibayar dengan gaji & dilayan seperti pekerja

Sejak beberapa hari lalu, ‘panas’ di platform Twitter apabila seorang pelajar sebuah universiti awam dikenali Rashifa Aljunied menyuarakan bantahan mengenai isu elaun untuk mahasiswa yang membuat latihan industri (internship).

Rashifa yang juga pelajar jurusan pengajian antarabangsa dan strategik menyuarakan bantahan dengan membawa sepanduk tertera ‘intern bukan buruh percuma’ menerusi ciapan dimuat naik berserta bebenang.

Dalam ciapan tersebut, Rashifa menyatakan dia bakal menjalani latihan industri bermula semester hadapan dan disebabkan itu dirinya meluahkan kerisauan dengan masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar.

“Saya akan mulakan latihan industri pada semester hadapan. Jadi saya akan berjalan-jalan dengan (plakad) ini untuk menyatakan kebimbangan saya.
“Kerajaan telah menaikkan gaji minimum RM1,500. Tetapi polisi ini tidak termasuk intern. Intern tidak dilindungi oleh akta pekerja Malaysia. Justeru, ada risiko dieksploitasi oleh syarikat,”ciapnya.

Jelas Rashifa, dia menetap di Kuala Lumpur dan ia sekaligus berdepan dengan cabaran kewangan kerana perlu menanggung kos pengangkutan, makanan dan tempat tinggal.

“Tinggal di Kuala Lumpur, bagaimana saya hendak membayar sewa, makanan dan pengangkutan sedangkan saya tak dibayar dengan gaji minimum sekurang-kurangnya?
“Itulah sebab saya percaya bahawa intern harus dibayar dengan bermaruah dan dilayan seperti pekerja kepada syarikat atau perkhidmatan yang mereka berkhidmat. Tiada lagi diekspolitasi.
“#InternBukanBuruhPercuma akan menjadi kempen demokratik siswa akan diperjuangkan. Kekurangan gaji yang bermaruah harus diperjuangkan. Oleh mahasiswa untuk mahasiswa,”ciapnya lagi.

Memetik laporan Malaysiakini, Rashifa yang juga pelajar akhir tahun menyuarakan pandangan tidak setuju apabila pelajar latihan industri dikerah bekerja sehingga 12 jam tetapi tidak menerima bayaran oleh majikan.

“Saya tahu pendedahan dan pengalaman itu penting. Tapi, mereka kerja sampai 12 jam sehari. Tak masuk akal jika mereka tidak dibayar langsung.
“Ada yang perlu membeli barangan keperluan menggunakan duit sendiri, termasuk barangan untuk pembelajaran dan pengajaran mereka semasa menjadi guru praktikal,”ujarnya.

Ujarnya lagi, dia juga pernah mendengar pengalaman buruk daripada rakannya yang telah menjalani latihan industri seperti dalam bidang perubatan dan perguruan.

Katanya lagi, pelajar yang menjalani latihan industri sama ada di agensi kerajaan mahupun syarikat swasta haruslah dibayar elaun selain menyediakan dasar yang jelas dan pentingnya undang-undang bagi melindungi mereka.

Intern jangan demand! Boleh pilih…

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di mana ramai tidak bersetuju dengan isu ‘gaji minima’ yang cuba dibangkitkan memandangkan setiap pelajar mempunyai pilihan sebelum membuat keputusan.

Sumber: Twitter @youngaljunied, Malaysiakini (Amiera Solihan)

The post “Intern bukan buruh”- Harus dibayar dengan gaji & dilayan seperti pekerja appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/jGscQP7
sumber : ohmymedia.cc

No comments