Ahmad Maslan dipuji, bantu isteri masak kulit cempedak & masak lemak pucuk ubi
Selain aktif dalam bidang politik, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan sememangnya mempunyai sikap disenangi orang ramai apabila figura itu tidak segan silu berkongsi resepi di media sosial.
Antaranya adalah seperti nasi goreng strawberi yang pernah tular sebelum ini dan pelbagai aneka nasi goreng termasuk roti di media sosial sehingga menjadi ikutan warganet.
Ahmad Maslan masak2 lagi!
Beliau yang cukup terkenal dengan hobi memasak kembali berkongsi menu di platform Twitter miliknya sejurus pulang dari pejabat selain membantu isterinya memasak.
Terbaharu, Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian Johor menyatakan antara menu yang disediakan oleh isterinya dan dirinya adalah kulit cempedak dan pucuk ubi masak lemak.
Ahmad Maslan berkata, isterinya, Datin Seri Hajah Noraini Sulaiman memasak kulit cempedak yang sudah diperam dengan garam sebelum dimasak tumis. Sementara itu, beliau sendiri menyediakan masak lemak pucuk ubi.
“Balik kerja, masak sendiri. Isteri sata, Noraini masak kulit cempedak yang sudah diperam dengan garam, tumis dengan bawang dan lada. Sedap.
“Saya, pucuk ubi (ditanam keliling rumah) masak lemak campur santan, telur, bawang dan lada. Enak,”ciapnya di Twitter.
Beliau juga sempat mencipta tanda pagar yang dilihat sangat harmonis dan sepadan dengan konsep kerajaan kepimpinan sekarang iaitu Malaysia ‘Madani’, hasil gabungan nama bersama isteri.
“Fuhh..masakan Ahmad dan Noraini. Mad & Ani. Masakan #MADANI,”ciapnya lagi.
Ketepikan politik, puji rajin masak dan bantu isteri!
Seperti dijangka, ramai warganet memuji sikapnya yang ringan tulang membantu isteri memasak selain tidak segan silu turut-serta beraksi di dapur meskipun penat setelah penat pulang dari pejabat.
Sumber: Twitter @ahmadmaslan
The post Ahmad Maslan dipuji, bantu isteri masak kulit cempedak & masak lemak pucuk ubi appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/eqLMFwn
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment