Header Ads

Berat hati, Da’i Syed maklum isteri keguguran – “Allah beri pinjam hanya 10 minggu”

Pendakwah selebriti Da’i Syed memaklumkan berita duka bahawa isterinya, Hana Ismail mengalami keguguran ketika kandungan mencecah usia 10 minggu.

Menerusi satu hantaran video di laman Instagram, pendakwah berusia 28 tahun itu mengakui sedih namun dia dan isteri menerima ketentuan Allah SWT dengan reda.

“Berat hati ini ingin khabarkan, Semua pasangan suami dan isteri inginkan cahaya mata. Sejujurnya, isteri saya memang hamil.
“Tetapi Allah hanya memberi pinjaman ini hanya 10 minggu sahaja. Hari ni , isteri saya akan menjalani proses DNC (mencuci rahim) di Hospital KPJ, mohon doakan untuk beliau,” tulisnya.

Video tersebut memaparkan Syed sedang berbual untuk menenangkan isterinya yang berusia 37 tahun itu ketika sedang terlantar di atas katil wad hospital berkenaan.

Sementara itu, menerusi sebuah lagi video, dia memohon orang ramai untuk mendoakan yang sudah memasuki bilik pembedahan bagi menjalani proses mencuci rahim pada jam 8.15 malam hari ini.

“Jam 8.15 tadi, isteri saya memulakan proses DNC, mohon doakan semoga urusan kami dipermudahkan oleh Allah SWT. Terima kasih semua yang mendoakan dan mengambil berat tentang isteri saya,” katanya lagi.

Dua minggu lalu, pasangan itu memberi bayangan bakal menerima kehadiran cahaya mata pertama melalui video yang mempromosikan produk kesihatan wanita di akaun Instagram masing-masing.

Ini kerana pada hujung video berkenaan, Syed dilihat memegang sekeping foto imbasan bayi sekali gus membuatkan peminat percaya bahawa Hana sedang berbadan dua.

Untuk rekod, Syed mendirikan rumah tangga dengan personaliti televisyen itu pada 3 Disember tahun lalu di Kuala Lumpur sebelum diraikan dalam majlis resepsi di Magica Hall, Monterez Club Shah Alam.

Sumber: Instagram Da’i Syed

The post Berat hati, Da’i Syed maklum isteri keguguran – “Allah beri pinjam hanya 10 minggu” appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/aLJwZxB
sumber : ohmymedia.cc

No comments