Header Ads

Bekas menteri liat bayar hutang kesabaran Aliff Syukri makin menipis

Usahawan sensasi yang juga pempengaruh, Datuk Seri Aliff Syukri menuntut seorang bekas menteri bergelar Tan Sri untuk menjelaskan hutang berjumlah puluhan juta kepadanya setelah empat tahun dibiar sepi.

Takkan bekas Menteri macam ni?

Aliff dalam hantaran di Instagram mendedahkan dia sudah berkali-kali cuba menghubungi individu tersebut, namun sehingga kini masih menyepi daripada memberi sebarang respons.

“Takkan bekas menteri macam ini, saya hubungi dia tak angkat saya. Saya WhatsApp dia tak balas. Dulu nak minta bantuan, dia lah terhegeh-hegeh nak jumpa saya.
“Siapa kenal Tan Sri ni? Minta dia suruh bayar duit saya yang berpuluh juta itu. Dia mesti kaya sebab bekas menteri. Saya tak nak cerita perkara sebenar, nanti saya malukan satu keluarga dan keturunan Tan Sri. Jadi, saya sabar, sabar sahaja,”katanya.

Aliff berkata, bekas Menteri tersebut sangat dikenali oleh orang ramai terutama penduduk di Langkawi. Oleh itu, Aliff Syukri Kamarzaman berharap agar ahli keluarga atau kenalan rapat ‘Tan Sri’ berkenaan melihat hantaran tersebut dan menyampaikan kepada beliau.

“Saya minta tolonglah, kalau posting ni dilihat oleh anak dia ke saudara dia ke, Tan Sri ni dah tua. Janganlah buat saya macam ni, menzalimi saya. Sila hubungi saya. Saya merayu, kesianlah saya dan anak bini saya yang dizalimi,”jelasnya.

Katanya lagi, dia sudah cuba menghubungi ahli politik kelahiran Kedah itu, namun diendahkan begitu sahaja lebih-lebih lagi ‘bekas menteri’ tersebut mempunyai kenalan dengan orang berpengaruh.

Jelas Aliff, dia tidak bermaksud mahu menyebarkan aib, sebaliknya hanya ini sahaja cara dia ada untuk ‘pancing’ bekas menteri terbabit kerana kesabarannya semakin menipis.

“Bayangkan Tan Sri, saya siang malam berniaga, buat live kena hina… senang-senang Tan Sri ambil hak saya. Jangan sampai saya hilang sabar, saya tunjuk video dan rakaman semua,”luahnya.

Saya pernah bekerja di hotel milik Tan Sri …

Sementara itu, salah seorang warganet mendakwa dirinya cukup mengenali Tan Sri terbabit kerana pergi bekerja di hotel miliknya, namun berhenti selepas itu.

Malah, ada yag mendakwa ramai pekerja masih belum dibayar gaji sewaktu bekerja ketika pandemik Covid-19 melanda seluruh negara.

Sekadar info, Aliff Syukri baru sahaja selesai mengerjakan ibadah haji pada beberapa hari lalu dan hukum membayar hutang adalah wajib biarpun nilainya satu sen.

Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

The post Bekas menteri liat bayar hutang, kesabaran Aliff Syukri makin menipis appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/nUdqj7F
sumber : ohmymedia.cc

No comments