Header Ads

Geng kereta mewah conquer semua lorong netizen label buat semak atas jalan

Kira-kira lebih 10 supercars memenuhi sebuah lebuh raya untuk menghasilkan satu video konten sehingga mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Video itu dimuat naik akaun Utama Motors di laman Facebook dipercayai bagi mempromosikan sebuah acara pameran kenderaan mewah tersebut yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Geng kereta mewah ‘conquer’ jalan ke tu?

Menerusi rakaman berdurasi 50 saat itu, semua kenderaan berkenaan dilihat memenuhi keempat-empat lorong di atas jalan sekali gus membuatkan pemandu kereta lain yang berada di belakang tidak dapat memandu dengan lancar.

Malah pada saat ke-21, kelihatan salah sebuah supercar tersebut menggunakan lorong kecemasan yang sudah tentu salah di sisi undang-undang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan tindakan sekumpulan pemandu supercars itu menyusahkan pengguna jalan raya lain kerana boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Selain dilabel sebagai ‘semak’, segelintir individu menganggap golongan terbabit seolah-olah mementingkan diri sendiri apatah lagi melakukan penggambaran di waktu siang.

Semak jalan!

Menyusahkan orang, buat la waktu malam

Patut la jalan sesak?

Sewa la litar kat Sepang tu

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan mendapat 813 perkongsian dan 6,900 tanda suka selain 2,700 komen netizen yang meninggalkan pelbagai reaksi.

Sumber: Facebook Utama Motors

The post Geng kereta mewah ‘conquer’ semua lorong, netizen label buat ‘semak’ atas jalan appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/XiBrwDc
sumber : ohmymedia.cc

No comments