Header Ads

Isu hutang puluhan juta Tan Sri Kadir tak nak jatuhkan level setaraf Aliff Syukri

Baru-baru ini, usahawan kontroversi, Dato’ Seri Aliff Syukri telah memuat naik perkongsian meminta seorang bekas menteri berpangkat Tan Sri untuk membayar hutang bernilai jutaan ringgit.

Walaupun tidak mendedahkan siapakah individu tersebut, ramai yang dapat meneka apabila dia menyertakan sekali gambar  bekas menteri berkenaan yang telah disamarkan.

Serahkan semua ‘ugutan’ kepada peguam

Memetik laporan daripada Malaysiakini, Tan Sri Dato’ Sri Haji Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir  telah tampil mengatakan yang enggan meletakkan diri setaraf usahawan itu apabila menyerahkan segalanya termasuk ‘ugutan’ yang dibuat Aliff kepada peguam.

“I don’t want to go down to their level (saya tak nak turunkan diri ke tahap Aliff Syukri).
“Sekarang peguam saya sedang uruskan perkara itu,” katanya.

Terdahulu, Aliff Syukri yang ketika ini sedang mengerjakan haji di Tanah Suci telah meluahkan rasa kesal kepada seorang individu berprofit tinggi kerana tidak membayar hutang.

Ujarnya, sudah empat tahun dia menanti ‘Tan Sri’ berkenaan melangsaikan hutang memandangkan individu tersebut merupakan seorang bilionair.

Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu juga turut menyertakan sekali tangkapan layar mesej yang dihantar kepada bekas menteri berkenaan namun langsung tidak diendahkan walaupun sudah dibaca.

Sumber: Malaysiakini (Nadia Azam), Instagram aliffsyukriterlajaklaris

The post Isu hutang puluhan juta, Tan Sri Kadir tak nak jatuhkan ‘level’ setaraf Aliff Syukri appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/cU6HT2d
sumber : ohmymedia.cc

No comments