Header Ads

Ustaz akui salah liwat pelajar tahfiz minta hormat & faham keadaan ibu bapa sakit

Ibu kepada pelajar lelaki yang menjadi mangsa liwat seorang ustaz di tahfiz meluahkan rasa kecewa apabila maruah anaknya dipandang sepi dan sudah dua tahun lebih menanti keadilan.

Tiada niat jatuhkan nama pusat tahfiz

Wanita dikenali Norsuraya Mohd Noor dalam satu hantaran di Facebook mendedahkan dirinya tidak mempunyai niat untuk menjatuhkan nama mana-mana tahfiz sedia ada di Malaysia, namun ia dibuat bagi menuntut keadilan buat anak lelakinya.

Ini kerana dirinya tetap akan menghantar anaknya yang lain bagi menuntut ilmu di salah sebuah sekolah agama swasta.

“Assalamualaikum. Saya seorang ibu yang menantikan keadilan buat anak lelaki yang diliwat lebih dua tahun di sebuah tahfiz di Pulau Pinang.
“Tujuan saya post bukan sebab nak jatuhkan tahfiz yang sedia ada, tetapi mahu mendapatkan keadilan buat anak lelaki saya. Walau apa pun yang jadi pada anak lelaki, saya tetap hantar anak perempuan belajar di sekolah agama swasta,”luahnya.

Katanya lagi, disebabkan itulah impian anak lelakinya untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir hancur dan hati seorang ibu luluh kerana hasrat cahaya matanya menjadi Hafiz tidak tercapai.

“Hancur hati seorang ibu untuk melihat anak tersayang untuk menjadi seorang Hafiz. Dan, hancur impian seorang anak untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir,”luahnya lagi.

Ustaz minta faham perasan keluarga

Dalam pada itu, Norsuraya turut berkongsi tangkapan layar perbualannya bersama ‘ustaz’ berkenaan yang meminta keluarga mangsa mempertimbangkan keadaan yang sedang dihadapinya.

Ustaz berkenaan yang juga tenaga pengajar di sebuah pusat tahfiz ketika itu berharap agar keluarga mangsa untuk memahami situasinya di mana bapanya kini baru sahaja selesai menjalani pembedahan di kepala.

“Saya faham perasan kak (ibu mangsa) sebagai seorang ibu dan saya pun faham keadaan Aidil (mangsa). Tapi saya nak minta tolong pertimbangkan keadaan keluarga saya.
“Bapa saya baru sahaja menjalani operation di kepala dan ibu saya pun sakit dan saya takut keadaan mereka kalau isu ini tersebar,”kata ustaz tersebut.

Pun begitu, ustaz berkenaan akui kesilapan melakukan perbuatan terkutuk tersebut kepada pelajar berkenaan. Namun, dia berharap sangat agar diberi peluang memandangkan ‘madrasah’ berkenaan telah pun ditutup.

Anak memang diliwat dan ada bukti

Ibu kepada pelajar berkenaan berharap agar anaknya mendapat keadilan dan terdapat mana-mana pihak membantunya memandangkan diri kurang berkemampuan bagi mengambil khidmat guaman.

Sebelum ini, media melaporkan guru agama lelaki berusia 31 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetown pada 24 Mac 2021 atas tiga pertuduhan meliwat dan melakukan amang seksual terhadap pelajarnya berusia 15 tahun (pada ketika itu).

Tertuduh membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Norsalha Datuk Hamzah. Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan berkenaan antara 20 November 2020 hingga 14 Mac lalu di sebuah rumah di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Tertuduh juga berdepan satu dakwaan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan dua dakwaan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pertuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin selain mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh menghampiri mangsa.

Sumber: FB Norsuraya Mohd Noor, BH Online (Zulhainy Zulkiffli)

The post Ustaz akui salah liwat pelajar tahfiz, minta hormat & faham keadaan ibu bapa sakit appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/1CuhFep
sumber : ohmymedia.cc

No comments