Header Ads

Niat nak bela nasib rakyat, Baby Shima umum bakal bertanding PRN

Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli memaklumkan dirinya bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.

Bakal bertanding, bela nasib rakyat

Pun begitu, Shima dalam hantaran di laman Instagram miliknya tidak menyatakan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana dan negeri mana dia bakal bertanding tidak lama lagi.

Akan tetapi, penyanyi berusia 30 tahun itu berkongsi prinsip misinya iaitu bertanding semata-mata mahu berkhidmat dan membela nasib rakyat.

“Assalamualaikum rakyat Malaysia. Dengan ini, saya ingin mengumumkan yang saya akan bertanding PRN ini untuk berkhidmat dan membela rakyat.
“Ingat, kamu bawa perubahan. Fikir-fikirkanlah anak muda. Undi saya,” katanya.

Serius, artis pun boleh jadi wakil rakyat

Tegas Shima, dia serius dan merancang untuk bertanding sebagai calon Bebas dan bakal mengumumkan kawasan DUN kemudian.

Shima turut menasihati orang ramai untuk memberi sokongan kepada golongan selebriti yang juga berupaya menjadi wakil rakyat dalam menyuarakan hasrat anak-anak muda.

Pelatun lagu Pura Pura Bujang itu menyatakan dirinya tidak kisah seandainya kalah bertanding dalam PRN selain meminta doa orang ramai.

“Saya memang serius mahu bertanding. Kawasan mana, saya akan umumkan nanti.
“Bagi saya, dengan sokongan yang diberikan, golongan artis sebenarnya boleh mewakili rakyat terutamanya dalam menyuarakan hasrat anak-anak muda.
“Saya cuma mahukan yang terbaik untuk rakyat. Kalah atau menang itu soal nombor dua. Tidak salah untuk mencuba perkara baik. Doakan saya ya,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Sumber: Instagram @babyshimaofficial

The post Niat nak bela nasib rakyat, Baby Shima umum bakal bertanding PRN appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/fOA4MSv
sumber : ohmymedia.cc

No comments