Tak dapat tunai manifesto, Bell Ngasri mohon maaf! Tak sangka orang ambil serius
Pelakon Bell Ngasri memohon maaf kerana tidak dapatkan menunaikan manifesto yang ‘dijanjikan’ sebelum ini selepas dinobat Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-35 (ABPBH 35) pada Jumaat lalu.
Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 43 tahun itu berkata, dia tidak menyangka gurauan untuk belanja pengundi makan tengah hari di bulan Ramadan dijadikan sebagai perkara serius.
Tak sangka orang ambil serius
“Manifesto yang digunakan untuk berkempen itu adalah cadangan daripada rakan, tetapi saya tidak menyangka ia dipandang serius pula. Saya anggap ia sekadar gurauan saja.
“Apabila dijadikan sebagai manifesto kempen, saya berpendapat takkan mereka hendak makan ketika bulan puasa. Namun, saya tidak menyangka dan terlepas pandang ada dalam kalangan pengundi saya bukan beragama Islam.
“Jadi, saya termenung sekarang ini kerana tidak tahu bagaimana hendak memberikan maklum balas. Saya memang tidak sangka sebenarnya,” katanya.
Sebelum ini, pempengaruh media sosial Dr. Malar Santhi mengingatkan pelakon yang sinonim dengan watak Barkoba itu agar tidak memungkir janji sekali gus dapat menunaikan manifesto terrsebut.
“Bell Ngasri jangan lupa belanja Dr. Malar makan ‘lunch’ di bulan Ramadan. #pengundisetia.
“Sesiapa yang kenal dia, tolong ingatkan ya. Saya ini setiap hari gigih undi demi belanja yang dia janjikan itu. Tak baik mungkir janji,” tulis doktor perubatan berbangsa India itu.
Sementara itu, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri hanya mampu berjanji untuk terus menghiburkan orang ramai di masa akan datang.
“Saya meminta maaf, namun saya bukan berkecimpung dalam bidang politik. Saya berada dalam bidang hiburan dan apa yang saya buat untuk menghiburkan anda semua saja.
“Tidak ada pun saya terfikir untuk merealisasikan apa yang dijanjikan dengan betul. Namun saya menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran untuk membuat lawak,” ujarnya lagi.
Sumber: Harian Metro (Zaara Talita), Instagram Bell Ngasri
The post Tak dapat tunai manifesto, Bell Ngasri mohon maaf! Tak sangka orang ambil serius appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/Jg69yYZ
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment