Azwan Ali kecewa dengan Azmin, dakwa rumah pusaka ibu bapa dijadikan markas PN
Pengacara sensasi, Azwan Ali meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa rumah pusaka ibu bapanya, Allahyarham Haji Ali dan Mak Tom di Hulu Kelang, Selangor dijadikan sebagai markas Perikatan Nasional (PN).
Menurut laporan Utusan seperti dipetik Cari Forum, rumah itu telah diubah suai dan kosnya ditanggung oleh abangnya yang juga Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Foto: Google
Namun, pengacara berusia 57 tahun itu terkilan dengan tindakan Azmin yang sanggup menggunakan rumah tersebut bagi tujuan politik.
“Rumah pusaka itu sejak zaman arwah nenek, Rafeah Buang masih hidup. Masih ingat lagi semasa zaman remaja, saya duduk berdua dengan arwah di bawah pokok jambu. Saya rapat dengan nenek.
“Kami berdua menangis melihat rumah pusaka dirobohkan jentolak ketika itu. Sedangkan arwah nenek sudah pesan rumah pusaka jangan dirobohkan nanti buruk padahnya,” katanya.
Azwan berkata, tidak semena-mena hubungan adik-beradik menjadi berantakan selepas tiga tahun arwah nenek mereka meninggal dunia.
“Bala menimpa keluarga kami dan hubungan adik-beradik menjadi keruh. Ingat lagi tarikh 2 September 1998 semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat (Timbalan Perdana Menteri).
“Rumah itu terlalu banyak nostalgia antaranya arwah Datuk Sharifah Aini, Rohana Jalil dan Datuk Jamal Abdillah pernah merakamkan lagu Suasana Hari Raya,” ujarnya.
Foto hiasan: Facebook Azmin Ali
Bagaimanapun, dia menjelaskan tidak berniat untuk menjatuhkan Azmin sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung 12 Ogos nanti sebaliknya hanya terkilan kerana rumah itu berubah menjadi markas politik.
PRN menyaksikan Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor bertembung satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan (PH), Juwairiya Zulkifli.
Antara luahan lain oleh Azwan di TikTok
@divaazwanaliofficial BUT #fyppp
Sumber: Utusan (Hasif Idris) via Cari Forum, TikTok Azwan Ali
The post Azwan Ali kecewa dengan Azmin, dakwa rumah pusaka ibu bapa dijadikan markas PN appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/kw4ULPo
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment