Header Ads

Tampil seksi dengan gaun direka khas, Jasmine Suraya rasa macam ‘Bollywood princess’

Gara-gara tampil terlalu seksi, pelakon jelita Jasmine Suraya mencetuskan kontroversi ketika menggayakan gaun malam elegan berwarna biru muda ketika menghadiri sebuah anugerah berprestij iaitu Malaysia International Film Festival baru-baru ini.

Susulan penampilan tersebut, rata-rata netizen mengecam pelakon berbangsa Cina itu kerana menyangkakan dia beragama Islam namun ada juga individu berpendapat bahawa gaun yang dipakainya kelihatan cantik.

Namun, Jasmine tidak mengambil endah sebaliknya teruja kerana gaun berkenaan direka oleh seorang pereka fesyen terkenal iaitu Ivan Young yang pernah merekakan gaun untuk beberapa selebriti antarabangsa termasuk Ariana Grande.

“Gaun ini direka khas untuk saya dan anda tidak akan dapat saksikannya disarungkan oleh orang lain. Materialnya adalah seratus-peratus kain sutera serta butiran hiasannya dijahit dengan tangan.
“Saya sukakan rekaannya yang juga menampilkan helaian cape yang meleret panjang, rasa macam Bollywood princess bila berjalan di atas karpet merah,” katanya dalam satu kenyataan.

Ditanya berhubung kecaman netizen, wanita berusia 34 tahun itu menghormati komen yang diterima kerana setiap individu mempunyai hak dan pendapat masing-masing.

“Saya dah baca setiap komen positif mahupun negatif tentang baju itu. Saya sebenarnya gembira juga bila mendapat banyak pujian dan teruja apabila visi saya dan Ivan dapat dijayakan dengan terhasilnya gaun yang cukup indah ini,” ujarnya.

Sementara itu, Jasmine juga turut berkongsi tentang karier lakonannya yang kini sedang berusaha memperbaiki kemahiran berlakon selain mendedahkan bakal membintangi sebuah filem antarabangsa tidak lama lagi.

“I would like to do more diverse and mature roles moving forward. Misi saya mahu bekerjasama dengan ramai penggiat filem tidak kira lokal dan antarabangsa.
“Saya mahukan naskah yang diluar kotak, yang mungkin sedikit provokasi dengan jalan cerita yang menarik,” kongsinya.

The post Tampil seksi dengan gaun direka khas, Jasmine Suraya rasa macam ‘Bollywood princess’ appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/XjfnqHp
sumber : ohmymedia.cc

No comments