Dah ada nama anak, Ryan Bakery bakal jadi ayah, isteri kini hamil 5 bulan
Influencer terkenal, Ryan Bakery berjaya membawa pulang trofi Popular Creator of the Year dalam Anugerah TikTok Malaysia 2023 yang berlangsung meriah pada 28 Ogos 2023.
Bakal bergelar bapa
Menerusi laporan dari Mstar, Ryan yang hadir bersama isteri tercinta, Elyia Ibrahim dilihat teruja bercerita tentang kemenangannya dan berkongsi khabar gembira bakal bergelar seorang bapa tidak lama lagi.
Dedah Ryan atau nama sebenarnya, Muhammad Ryan Fahmi bin Bakery, isterinya kini hamil lima bulan dan akui tidak menyangka bakal menimang cahaya mata beberapa bulan lagi.
Dia juga sempat berharap agar peminat dan orang ramai dapat mendoakan agar urusan isterinya dipermudah serta dalam keadaan selamat sentiasa.
“Syukur atas kemenangan ini. Ini sebenarnya hadiah buat isteri dan anak kami yang akan lahir nanti. Isteri saya kini sedang hamil lima bulan.
“Tak sangka dan tanpa sedar saya dah nak jadi ayah. Mohon doa semua untuk kesejahteraan isteri dan anak dalam kandungan. “Kalau anak lelaki saya beri nama Ryan Ezra dan kalau perempuan pula Raisya Ezra,” katanya.
Isteri alami alahan teruk
Ujar Ryan lagi, diawal kehamilan, isterinya mengalami alahan yang agak teruk dan turut mengidam.
“Teruk juga dia muntah-muntah pada awal kehamilan. Malah dia ada juga mengidam nak minum teh hijau.
“Bayangkan macam mana saya nak cari minuman itu sebab saya tinggal di kawasan kampung. Tetapi demi isteri saya turutkan juga permintaan itu,” ujarnya.
Tak sabar nak buat konten dengan anak
Pemuda berusia 28 tahun itu juga akui tidak sabar untuk membuat konten video dan akan menampilkan bayi mereka nanti.
Jelas Ryan, dia akan lebih gigih untuk bekerja selepas ini sebagai salah satu persediaan bergelar bapa demi memastikan kelangsungan hidup yang lebih selesa bersama keluarga tercinta.
“Sekarang ini semua kerja saya buat. Tetapi disebabkan saya tinggal di Temerloh, Pahang, ia agak terbatas kerana banyak tawaran di Kuala Lumpur.
“Pernah juga cuba tinggal di KL, tetapi susah nak dapat idea di sini. Saya lebih tenang dan selesa tinggal di kampung.
“Kalau dah ada anak nanti, mestilah saya akan buat content bersama isteri dan bayi kami,” jelasnya.
Untuk rekod, konten-konten Ryan Bakery telah menjadi perhatian apabila kerap berkongsi video menggamit memori remaja-remaja kelahiran 90an termasuklah berkaitan kehidupan masyarakat di kampung.
Disebabkan ramai yang relate dengan situasi berkenaan, kontennya telah mendapat pujian dan ramai yang tertarik dengan idea yang disampaikan.
Ryan telah mendirikan rumah tangga dengan Elyia Ibrahim pada 1 Oktober tahun lalu selepas beberapa bulan
Sumber: Mstar (Farol Hadi)
The post Dah ada nama anak, Ryan Bakery bakal jadi ayah, isteri kini hamil 5 bulan appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/1qQ3faP
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment