Bantu wanita cari rumah sewa… lelaki nafi minta upah ‘main’, dakwa akaun FB digodam!
Baru-baru ini, lelaki yang didakwa melakukan gangguan seksual di mesej peribadi seorang wanita tampil menafikan dan membuat permohonan maaf di grup Facebook Warga Setiu.
Difahamkan, lelaki dipercayai berstatus suami orang itu meminta upah ‘main’ sebagai ganjaran kerana membantu wanita tersebut mencari rumah sewa di sekitar kawasan Setiu, Terengganu.
Walau bagaimanapun, lelaki tersebut tampil memberi permohonan maaf mendakwa akaun Facebook miliknya digodam menerusi sebuah hantaran di grup berkenaan.
“Saya mohon maaf atas apa yang dah tular pada Facebook saya hari ini. Facebook saya tak boleh buka. Ada orang guna akaun Facebook saya.
“Facebook saya kena godam. Saya tak buat kerja kotor begitu. Saya ada anak bini dah untuk saya tanggung. Saya tak tahu benda ni nak jadi pada saya.
Namun begitu, dia memandang isu tersebut di sisi positif dengan mengatakan ini semua ujian dari Tuhan sebelum memohon maaf sekali lagi.
“Mungkin ini Allah nak uji saya. Saya bukan macam tu. Sekali lagi saya betul-betul mohon maaf. Banyak kali saya cuba tukar Facebook (password) saya tapi tak boleh daftar keluar,” tulisnya.
Sebelum ini, seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan sikap seorang lelaki yang meminta mengadakan hubungan seksual sebagai upah kerana membantu mencari rumah sewa di lokasi berkenaan.
Susulan daripada insiden tersebut, wanita terbabit memberitahu dia telah membuat laporan polis terhadap lelaki yang menghantar mesej berbaur lucah itu untuk tindakan lanjut.
Sumber: Facebook Ameno World & Shimalaa Sanmuggam
The post Bantu wanita cari rumah sewa… lelaki nafi minta upah ‘main’, dakwa akaun FB digodam! appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/JH5cxMm
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment