Dah buat persiapan kahwin, Talha Harith kecewa tunang pilih nikahi lelaki lain
Hasrat pelakon, Talha Harith untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila tunangnya mengambil keputusan untuk bernikah dengan lelaki lain.
Menurut laporan mStar, pelakon berusia 34 tahun itu pernah terfikir bagi mengambil tindakan undang-undang susulan mengalami kerugian setelah persiapan menjelang hari bahagia sudah dilakukan.
Dah buat persiapan kahwin
“Bukan sikit hantaran yang saya sudah sediakan. Lima jenis barang kemas termasuk cincin, rantai, gelang tangan dan anting-anting.
“Tetapi saya tidak sekejam itu untuk menyaman keluarga mereka. Saya rasa kalau saya ambil tindakan, saya pun dah jadi kejam seperti mereka,” katanya.
Sejak semalam, Talha memuat naik beberapa hantaran di laman Instagram meluahkan kekecewaan apabila tunangnya yang bernama Nur Diyana disatukan dengan lelaki lain.
Bercerita lanjut, dia berkata ibu wanita tersebut menangis sebaik mengetahui anak gadisnya berkahwin dengan lelaki lain.
“Semestinya saya akan meneruskan silaturahim yang baik dengan keluarganya (bekas tunang). Untuk memutuskan hubungan itu bagi saya adalah mustahil.
“Sebelum mengetahui dia berkahwin dengan lelaki lain, saya sendiri yang menghantar ibunya ke klinik untuk mendapatkan rawatan semput.
“Tetapi buat masa sekarang berilah saya waktu untuk bertenang dahulu,” kata pelakon drama Juvana itu.
Sementara itu, Talha mendakwa, Nur Diyana pernah bertunang dengan lelaki terbabit sebelum ini namun ditinggalkan atas alasan tidak direstui keluarga.
Nur Diyana kemudian mengikat tali pertunangan dengan Talha pada Ogos tahun lalu, namun dikatakan berubah hati dan memilih semula lelaki berkenaan.
“Sebenarnya lelaki ini adalah bekas tunang Diyana. Mereka sempat bertunang sebulan sahaja, selepas itu mereka putus.
“Lelaki itu kemudiannya berkahwin dengan wanita lain. Mereka berkahwin selama lebih kurang tujuh tahun dan bercerai pada Disember tahun lalu.
“Sejak itu tunang saya berubah 180 darjah. Kami tidak bergaduh tetapi tiba-tiba dia minta putus pada Mei lalu,” kongsinya lagi.
Sumber: mStar (Ain Norman), Instagram Talha Harith
The post Dah buat persiapan kahwin, Talha Harith kecewa tunang pilih nikahi lelaki lain appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/LIZNAQ2
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment