Rebah ketika perbarisan Hari Merdeka, anggota RELA meninggal dunia
Seorang anggota RELA dilaporkan rebah sebelum meninggal dunia ketika menyertai perbarisan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan 2023 peringkat Negeri Sembilan, pagi tadi.
Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Taware mengesahkan kejadian tersebut membabitkan seorang lelaki yang berusia 53 tahun.
“Kami menerima panggilan dari Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Jaafar mengenai satu kematian pada jam 12.25 tengah hari.
“Siasatan awal mendapati, mangsa telah jatuh dan tidak sedarkan diri semasa perbarisan lintas hormat di Dataran Seremban kira-kira jam 10 pagi,” katanya.
Arifai berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan oleh serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
“Hasil bedah siasat menyatakan sebab kematian berpunca masalah jantung (Coronary Artery Occlusion). Pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati, tiada sebarang unsur jenayah dikesan,” ujarnya.
Sementara itu, beberapa akaun Facebook ada memuat naik hantaran video berkaitan kejadian selain terdapat juga gambar didakwa adalah mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Noh Muhammad Isa.
Kejadian depan mata
Video dan gambar yang tular
Al-Fatihah
Sumber: Buletin TV3 (Ridhwan Rusydi Azri Roslan), Facebook search
The post Rebah ketika perbarisan Hari Merdeka, anggota RELA meninggal dunia appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/3ASMZ5J
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment