Da’i Syed mahu saman fitnah individu kaitkan isu keguguran isteri dengan kifarah
Pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail telah membuat sidang media tergempar apabila tular beberapa video yang dianggap fitnah sehingga menyentuh perihal kandungan isterinya yang telah keguguran.
Akan ambil tindakan undang2
Memetik video yang dikongsi Hlive, Da’i Syed yang hadir bersama peguam serta isterinya, Hana Ismail memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang berkaitan hal tersebut kepada individu yang menggunakan nama akaun chempakasuri97 selepas dia memuat naik beberapa kandungan video berunsur tidak benar.
“Dia mengaitkan peristiwa keguguran kandungan isteri saya sebagai kifarah yang saya terima disebabkan kes tersebut. Apabila kenyataan awal itu diterbitkan semula dan dikaitkan dengan keguguran kandungan isteri saya, saya tidak boleh berdiam diri lagi kerana ini adalah sesuatu yang amat melampaui batas.
“Nurul Atiqah juga dapat dilihat seolah-olah cuba mengambil kesempatan di atas kesedihan yang dialami oleh saya dan isteri. Hal ini merupakan satu kenyataan salah yang sengaja diada-adakan,” jelasnya.
Susulan daripada itu, Da’i Syed telah meminta peguamnya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Nurul Atiqah dalam kadar yang segera.
“Saya juga akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Ainun Najwa disebabkan fitnah yang telah diterbitkannya sebelum ini.
“Laporan polis yang dibuat olehnya sebelum ini tidak dapat menidakkan tindakannya yang telah memfitnah saya malahan di dalam laporan yang sama, dia sendiri mengakui bertanggungjawab terhadap fitnah tersebut,” tegasnya.
Akan ambil tindakan kepada orang awam juga jika tebar fitnah
Dalam pada itu, bekas peserta program realiti berbentuk keagamaan tersebut juga menjelaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang telah memfitnahnya serta mengaitkan isteri serta keluarga.
“Saya memohon agar orang awam yang tidak terkait dengan kes dan tidak mengetahui fakta kes yang sebenar, dapat berlaku adil dalam memberikan sebarang komentar.
“Jangan tidak tersalah langkah sehingga membuat tohmahan yang melampaui batas terhadap diri saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang telah memfitnah saya.
“Saya berharap orang awam akan menerima penjelasan saya berhubung isu ini dengan hati yang terbuka,” ujarnya.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang individu yang berkongsi berkenaan kifarah melibatkan kandungan isteri kepada Da’i Syed yang telah keguguran.
Ujarnya, dia akan mendoakan agar keturunan pendakwah itu terus mendapat kecelakaan selagi dia tidak memohon maaf kepada individu yang mengakui menjadi mangsa gangguan seksual beberapa tahun lalu sehingga dikatakan mengalami tekanan perasaan yang melampau.
Sumber: Instagram Hlive
The post Da’i Syed mahu saman fitnah individu kaitkan isu keguguran isteri dengan kifarah appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/CFq9VxK
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment