Kahwin ramai kalau mampu! Jurumakmal perubatan dedah lelaki paling ramai masalah kesuburan
Isu mengenai poligami masih lagi hangat menjadi bualan ramai selepas ia dikatakan bersangkut paut dengan masalah belum dikurniakan rezeki zuriat dalam hidup berumah tangga.
Kahwin sahaja kalau mampu, jangan lupa buat ujian mani
Terbaharu, seorang jurumakmal perubatan dikenali Muhammad Noor bin Zakaria menerusi sebuah video dimuat naik di platform TikTok menasihati golongan lelaki untuk melakukan ujian sperma.
Ini adalah bagi menguji tahap kesuburan lelaki berdasarkan kepada kualiti dan kiraan sperman di dalam air mani seorang lelaki.
Katanya lagi, tidak menjadi satu masalah sekiranya lelaki di luar sana mampu untuk berkahwin lebih daripada seorang, namun mereka tidak seharusnya mengumumkan di media sosial sehingga memberi ruang kepada pihak lain untuk masuk campur dalam urusan rumah tangga.
Tambahnya lagi, golongan lelaki ini seharusnya menjalani rawatan pemeriksaan air mani terlebih dahulu bagi mengenalpasti masalah sebelum berkahwin seorang lagi hanya kerana masalah zuriat,
“Kalau abang banyak duit sangat, kahwin sajalah. Tapi nombor satu, janganlah bagi rakyat Malaysia terlibat dalam perkahwinan kau. Lepas tu bagi kenyataan yang kurang cerdik, janganlah. Kita (saya) rasa geram juga, janganlah memalukan kaum (lelaki) eh.
“Betul, kalau abang rasa abang mampu, kahwin saja. Memang mampu, kahwin. Isteri pertama bagi, kahwin… tak perlu beritahu alasan tidak logik sebab sebagai seorang manusia yang melihat air mani orang, setiap hari, jangan bagi alasan cakap isteri tak dapat bagi anak, kita nak kahwin lain. Janganlah, cakap sajalah kita nak kahwin lain, tiada sesiapa pun boleh menghalang.
“Saya nak beritahu ya, daripada sepuluh sample (air mani) saya analisis pada setiap hari, katakanlah sepuluh, enam daripadanya bermasalah teruk. So, kita kena look into it benda ni sebenarnya. Sebab ramai ada masalah kesuburan sekarang ni.
“So, kalau itulah yang menjadi alasan, buatlah rawatan dulu, check dulu kau okey ke tidak, wife okey ke tidak. Bukannya isunya tiada anak.
“Datang jumpa saya, saya checkkan air mani abang, mari. Mari saya kirakan sperma itu,ujarnya.
Ingat jasa baik bapa mentua, perasaan anak-anak
Sementara itu, Muhammad Nor berkata, cara yang terbaik untuk dirinya mengelakkan diri daripada berkahwin seorang lagi adalah dengan memikirkan
“Kalau nak fikir, saya selalu kenangkan bapa mentua. Saya selalu fikir, bapa mentua saya baik sangat dan saya selalu terfikir Anis (isteri) kan, dijaga oleh seorang bapa dengan sangat baik. Jadi, bila dah dapat kat kau (diri sendiri), kau buat macam-macam. Jadi, tak boleh.
“Macam mana pun, aku tak boleh, terbayangkan muka bapa mentua, terus tak jadi. Kalau nak gaduh lebih-lebih, terbayang pak cik Isa, haa tak jadi sebab pakcik Mat Isa memang baik.
“Nombor dua, saya fikirkan anak-anak, saya ada dua orang anak perempuan. Saya selalu terfikir, saya nak buat sesuatu apa yang tak baik sangatlah kan, gaduh-gaduh itu biasa tapi kalau melampaui batasan, saya selalu terfikir, macam mana orang buat macam tu kat anak-anak saya? Mesti saya akan marah, orang dah melukakan hati anak saya. Jadi, saya akan menahan, elakkan perkara itu pergi jauh daripada ia terus berlaku.
@dodosentoso Lama x merentan. Tapi kali ni mdno cakap la since berkenaan dengan kesuburan kan.? #kesuburanlelaki #ujiankesuburan #suamiisteri
♬ original sound – Muhammad Noor bin Zakaria – Muhammad Noor bin Zakaria
Sumber: TikTok @dodosentoso
The post Kahwin ramai kalau mampu! Jurumakmal perubatan dedah lelaki paling ramai masalah kesuburan appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/k5d16yn
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment