Header Ads

Intan Najuwa kahwini suami kerana jodoh -“Sangat normal kalau sebab duit”

Pelakon bertubuh genit, Intan Najuwa, 26,  yang baharu sahaja menamatkan zaman bujangkan dengan jejaka pilihan hati, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Jumaat lalu enggan mengambil pusing mengenai bualan negatif warganet terhadap dirinya.

Semua itu jodoh

Mana tidaknya, Intan Najuwa dituduh berkahwin dengan suaminya yang berusia 39 tahun dan berpangkat ‘Datuk’ kerana mementingkan harta kekayaan semata-mata.

Bagaimanapun, Intan berkata, semuanya ditentukan oleh takdir yang menentukan siapa lelaki yang akan menjadi pasangan hidupnya sama ada ahli perniagaan, atau lain-lain.

“Saya baca komen-komen (di media sosial) itu. Ada orang cakap saya kahwin sebab duit; ini sangat normal bagi saya sebab orang akan sentiasa bercakap, tapi yang lalui kehidupan itu adalah (saya) sendiri.
“Susah atau senang, semua kita telan sendiri. Siapa saya nak pertikai jodoh? 
“Kita memang boleh merancang, tapi jodoh, pertemuan dan maut tetap di tangan Tuhan. Kita bukan boleh paksa siapa jodoh kita sebab paksa macam mana sekalipun, yang tentukan Allah jua.
“Apabila kita buat baik orang tetap bercakap, kalau buat yang tak baik, lagilah orang bercakap,” katanya.

Intan Najuwa letak batasan

Dalam pada itu, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahab mengatakan dirinya akan cuba memastikan dirinya tidak akan terpalit dengan kontroversi yang melampaui batasan kerana sudah bersuami.

Intan berkata, sekiranya pihak produk meminta dirinya melalukan sesuatu di luar batasan, dirinya terpaksa bersuara dan bukannya suami.

“Ya, kami baru berkahwin, tapi saya sebagai isteri kena faham dan letak batasan.
“Saya sendiri akan bersuara sekiranya ada pengarah atau produksi meminta yang bukan-bukan sebelum suami bersuara,” katanya lagi.

Sebelum ini, nama Intan menjadi bualan selepas aktres jelita dilihat begitu mudah berpelukan dengan pelakon lain dalam beberapa buah drama dibintanginya.

Sebelum ini, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd Wahid disatukan dengan Ahmad Azraf, pada Jumaat lalu di Desaru Coast, Johor dengan menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 serta wang hantaran bernilai RM222,000.

Sumber: Malaysiakini (Nadia Azam)

ADS
“Kita memang boleh merancang, tapi jodoh, pertemuan dan maut tetap di tangan Tuhan. Kita bukan boleh paksa siapa jodoh kita sebab paksa macam mana sekalipun, yang tentukan Allah jua,” katanya.

The post Intan Najuwa kahwini suami kerana jodoh -“Sangat normal kalau sebab duit” appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/WbfTvyz
sumber : ohmymedia.cc

No comments