Header Ads

Usahawan mengaku bawa pelajar tahfiz anak2 Rohingya ke konsert KEPCI

Sejak awal minggu lalu, tular di media sosial beberapa footage video dari Konsert KEPCI Music Fest yang dikatakan dihadiri pelajar-pelajar dari sekolah tahfiz.

Nama PMX terheret sama

Mereka dilihat berjubah dan memakai kopiah namun terpaksa melihat penampilan artis yang mungkin ada yang kurang sesuai untuk mereka.

Perkara tersebut telah dihentam teruk netizen di media sosial sehingga nama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut terseret sama.

@adikmanja8843

apa nk jadi dengan negara kita ni.. tangan-tangan yang mengangkat liberal jawablah dewan Allah

♬ Astaghfirullah (Album Version) – Haddad Alwi

Usahawan mengaku bawa pelajar tahfiz

Sedar isu berkenaan semakin besar, seorang usahawan telah tampil menjelaskan hal sebenar dan mengaku bahawa dirinyalah yang membawa pelajar-pelajar tahfiz itu ke konsert berkenaan.

Memetik laporan dari Harian Metro, Andrie Ung Han Xiang menjelaskan bawhawa dia bertanggungjawab membawa pelajar-pelajar berkenaan ke  konsert KEPCI Music Fest di Stadium Malawati, Shah Alam tanpa ada sebarang campur tangan daripada pihak penganjur dan juga Perdana Menteri.

Ujarnya, dia bersama rakan berjaya mengumpul sumbangan bagi membawa kira-kira 700 anak yatim dari 22 rumah kebajikan seluruh negara ke festival terbabit sebelum ini,

“Inisiatif ini adalah sepenuhnya daripada kami yang ikhlas untuk memberi peluang kepada anak yatim yang kurang berkemampuan merasai pengalaman menghadiri festival itu.
“Tujuan kami ikhlas menjemput mereka bersama memeriahkan festival yang turut menyediakan permainan kanak-kanak dan aktiviti lain serta konsert, selain boleh dihadiri semua masyarakat,” katanya.

Anak2 pelarian Rohingya

Dalam pada itu, Andrie memaklumkan yang pelajar-pelajar berjubah tersebut merupakan anak pelarian Rohingya dan tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Mereka yang hadir berjubah hijau dan putih itu dijemput dari sebuah pusat tahfiz di TTDI Jaya, Selangor.

Tambahnya, pihak mereka sama sekali tidak berniat mahu menyinggung mana-mana pihak dan akui berdukacita diatas ketidakpuasan hati beberapa pihak  yang terkesan dengan isu berkenaan.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim), TikTok adikmanja8843

The post Usahawan mengaku bawa pelajar tahfiz anak2 Rohingya ke konsert KEPCI appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/zyqEig4
sumber : ohmymedia.cc

No comments