Header Ads

Engku Emran dan Noor Nabila sah bercerai talak satu

Pasangan Engku Emran dan Noor Nabila sah bercerai talak satu di  Mahkamah Syariah Kuala Lumpur jam 12.51 petang tadi.

Sah bercerai talak satu

Memetik laporan dari Harian Metro, Nabila mengakui reda dengan menyifatkan penceraian yang berlaku sebagai satu takdir yang sudah tertulis antara mereka.

“Alhamdulillah, saya bersyukur semuanya selesai dengan cara baik. Semua ini adalah takdir untuk dilalui dan saya mohon doa anda supaya saya dan anak diberi kekuatan untuk melalui saat sukar ini.
“Semoga Allah berikan ketenangan dan kebahagiaan dalam jiwa saya. Perpisahan ini bukan satu perjalanan mudah tapi saya reda dengan ketentuan-Nya.
“Terima kasih kepada semua yang bersama saya dan sentiasa memberi sokongan dari segi emosi dan mendoakan urusan ini dipermudahkan,” katanya.

Sudah tertulis jodoh Engku Emran dan Noor Nabila sampai disini

Dalam pada itu, kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa berkenaan menyatakan yang perpisahan dalam perkahwinan buat kali ketiga ini bukanlah sesuatu yang dirancang kerana ia sudah ketentuan dari yang Maha Esa.

“Jika seseorang itu bukan ditakdirkan untuk anda, berapa lama pun anda cuba bertahan dan berusaha, ia tidak akan menjadi milik anda.
“Apapun saya berharap dan berdoa supaya kita semua sentiasa dikurniakan kebaikan yang berlipat kali ganda, malah lebih dari apa yang kita impikan. Semoga Allah sentiasa menggerakkan hati kita kepada apa yang sememangnya tertulis untuk kita, bukan sebaliknya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Nabila telah mengesahkan bahawa rumah tangga yang dibina bersama Engku Emran sudah hampir berakhir apabila bekas suaminya menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan lagi perkahwinan mereka.

Artikel lain: Sah! Noor Nabila akui bakal bercerai dengan Engku Emran dalam masa terdekat

Dia juga telah keluar dari rumah Noor Nabila sejak awal Januari lalu.

Untuk rekod, pasangan berkenaan telah mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021 dan ini merupakan perkahwinan ketiga buat masing-masing.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)

The post Engku Emran dan Noor Nabila sah bercerai talak satu appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/rwMqSfD
sumber : ohmymedia.cc

No comments