Header Ads

Tular anggota polis didakwa pukul tunang, tuan badan beri penjelasan – “Saya dah terima kifarah…”

Baru-baru ini, tular sebuah video suara seorang wanita menangis kesakitan mendakwa akibat dikasari seorang lelaki dipercayai tunangnya di dalam kereta.

Video yang dirakam secara tersembunyi itu hanya mendengarkan perbualan mereka serta tangisan mangsa menjadi semakin kuat selepas dipukul oleh tunangnya didakwa seorang anggota polis.

Tampil beri penjelasan

Sedar tentang perkara itu sudah tular di media sosial, lelaki tersebut tampil memberi penerangan bagi menjernihkan keadaan menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.

Video itu sudah lama

Lelaki itu berkata, rakaman tersebut merupakan video lama iaitu sebelum mendirikan rumah tangga bersama wanita berkenaan.

Mengaku dan sedar akan kesalahan yang telah dilakukan, dia turut memberitahu kaum lelaki tidak sepatutnya berperangai dayus mengasari wanita.

“Saya tak berapa ingat punca kenapa. Mungkin sebab dia tuduh saya curang. Waktu tu saya memang banyak perempuan, saya memang kaki perempuan. Saya jumpa seseorang, saya dating secara senyap-senyap.
“Mungkin ketika kejadian itu, dia membebel, dan saya pula jenis tak tahan. Jadi baran, geram, mengamuk dan saya telah mengasari dia,” katanya.

Lumpuh separuh badan

Dalam pada itu, lelaki terbabit memberitahu perkahwinan mereka berdua telah dikurniakan seorang anak perempuan namun wanita itu telah menuntut fasakh dan sedang dalam proses penceraian.

Walau bagaimanapun, dia mengakui dirinya kini telah menerima kirafah selepas bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) akibat lumpuh separuh badan.

“Sekarang saya dah terima pun kifarahnya. Saya pun sekarang dah digelar OKU. Saya dah lumpur separuh badan dan saya dah cacat.
“Saya ingin berubah. Bagi lah saya peluang untuk berubah,” ujarnya.

Isu tersebut bukan sahaja mendapat perhatian netizen, malah penyanyi rap dan usahawan Caprice turut terpanggil untuk mengulas perkara ini.

Sumber: Instagram mirol_az

The post Tular anggota polis didakwa pukul tunang, tuan badan beri penjelasan – “Saya dah terima kifarah…” appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/tVlK1Qj
sumber : ohmymedia.cc

No comments