Isteri rindu nak potong rambut macam di salun, Izzue Islam rela ‘hulur’ kepala
Pasangan romantis, Izzue Islam dan isterinya, Awin Nurin sememangnya kerap menjadi perhatian ramai memandangkan mereka tetap bahagia serta ceria walaupun belum dikurniakan cahaya mata.
Perkongsian di media sosial pasangan ini kerap menerima pelbagai komen positif dan mendoakan agar mereka terus berbahagia hingga ke akhir masa.
Isteri teringin nak potong rambut macam di salun
Dalam hantaran terbaru Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33, dia memaklumkan yang isterinya teringin untuk membuat kerja-kerja seperti di salun rambut memandangkan di awal perkenalan mereka Awin memang mempunyai salun sendiri.
Kenal 14 tahun dulu masa bancuh air sebelah salun Awin
Sekitar 14 tahun lalu, pelakon itu mengatakan yang salun kepunyaan Awin berada betul-betul di sebelah tempat dia bekerja sebagai pembancuh air sebelum bergelar selebriti.
Jadi, demi melayan ‘kerinduan’ isteri kepada kerjaya lamanya, pengacara program I Can See Your Voice Malaysia Musim ke-6 ini ‘rela’ menadah kepalanya untuk dipotong rambut oleh isteri tercinta.
“Wife aku, dia rindu nak potong rambut orang sebab dulukan dia ada saloon sendiri. kat saloon dia jugaklah kitorang memula kenal. 14 tahun dulu. betul2 sebelah kedai makan tempat aku kerja bancuh air. sekarang dia rindu, so aku hulurkan kepala aku untuk dia lepaskan kerinduan tu,” tulisnya.
Respect suami yang hargai isteri
Posting yang dibuat oleh Izzue Islam telah menghadirkan pelbagai maklum balas positif dan rata-rata memuji pasangan tersebut yang masih lagi setia antara satu sama lain.
Warganet juga berharap pasangan-pasangan suami isteri menjadikan Izzue dan Awin sebagai contoh yang baik dalam berumah tangga disamping terus mendoakan mereka berbahagia hingga ke syurga.
Seronok tengok pasangan ni
Selalu tengok Awin siapkan rambut Izzue
Sumber: Instagram Izzue Islam
The post Isteri rindu nak potong rambut macam di salun, Izzue Islam rela ‘hulur’ kepala appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/et1rhOk
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment