“Terlampau padat sampai terpaksa solat atas jalan raya” – Keadaan surau yang uzur dan sempit, PPZ-MAIWP seru masyarakat berwakaf
Wakaf adalah salah satu bentuk sedekah jariah tapi bersifat berterusan selagi mana ianya memberi manfaat kepada orang lain.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara : Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
Justeru itu, perbanyakkanlah menginfaqkan harta ke jalan Allah dengan berwakaf selagi kita masih diberi kesempatan olehNya.
Ada segelintir masyarakat berpendapat nak berwakaf perlu ada harta seperti tanah dan sebagainya. Berbeza dengan situasi kini, wakaf boleh dilaksanakan melalui wakaf tunai.
Wakaf tunai dibahagikan kepada dua jenis wakaf iaitu Wakaf Tunai Am dan Wakaf Tunai Khas.Wakaf Am tunai merupakan wang tunai yang ditukarkan kepada harta wakaf secara amnya dan manfaatnya yang tidak dikhususkan oleh pewakaf dengan mengikut hukum syarak.
Manakala Wakaf tunai khas adalah wang tunai yang ditukarkan kepada harta wakaf dan hasil manfaatnya untuk golongan tertentu secara khususnya yang diniatkan oleh pewakaf mengikut hukum syarak.
Madrasathul Ghoutiyyah, Brickfields
Dana wakaf diperlukan untuk pembangunan dan pembinaan bangunan tambahan Madrasatul Ghoutiyyah yang semakin padat dengan kunjungan para jemaah. Apabila waktu solat jumaat, surau ini menjadi tumpuan para jemaah yang tinggal atau bekerja disekitarnya untuk menunaikan solat jumaat.
Disebabkan itu, ruang solat di dalam surau tidak dapat memuatkan jumlah jemaah yang ramai sehingga para jemaah terpaksa menunaikan solat di atas jalan raya luar dari kawasan surau. Situasi ini amat membimbangkan kerana keselamatan para jemaah tidak terjamin sekiranya berlaku sebarang kemalangan di jalan raya tersebut.
Atas sebab itu, surau ini memerlukan ruang tambahan bagi menjamin keselamatan dan memberi keselesaan kepada para jemaah untuk beribadah. Madrasathul Ghouriyyah memerlukan dana wakaf untuk membina dua buah bangunan tambahan 3 tingkat untuk ruang solat tambahan, bilik pengurusan jenazah, pejabat pentadbiran, parkir, dewan serbaguna, bilik mesyuarat dan sebagainya untuk keselesaan para jemaah dah pengurusan surau.
Pembinaan bangunan tambahan ini memperuntukkan kos sebanyak RM6,005,000.00 dana wakaf daripada orang ramai. Klik untuk berwakaf https://bit.ly/wakaf-gouthiyyah
Madrasah Hidayatul Mustaqimah Taman Beringin, Jinjang Utara
Surau ini dibina bersama pembangunan taman perumahan di Taman Beringin pada tahun 1970-an. Atas faktor struktur bangunan yang lama dan uzur, pernah berlaku runtuhan di beberapa bahagian surau dan situasi tersebut mengancam keselamatan para pelajar Tadika Islam Hidayatul Mustaqimah yang turut terletak di dalam kawasan surau tersebut.
Ruangan solat Madrasah Hidayatul Mustaqimah ini juga dilihat sudah tidak mampu untuk menampung peningkatan para jemaah yang datangnya dari kalangan penduduk di Taman Beringin.
Pada tahun 2020 yang lalu, pernah berlaku kerosakan di mana bumbung surau diterbangkan angin dan menyebabkan surau dimasuki air. Situasi tersebut juga telah menyebabkan kayu menjadi reput dan surau sudah tidak mampu untuk membaik pulih kerana tetap akan berlaku kebocoran dan dimasuki air.
Justeru itu, ahli jawatankuasa surau mengambil inisiatif untuk membina surau baharu bagi menampung jemaah yang semakin ramai dan memberi wajah baru untuk keselesaan kariah Madrasah Hidayatul Mustaqimah. Pembinaan semula surau ini memperuntukkan kos sebanyak RM501,068.00 dana wakaf dari orang ramai.
Klik link ini untuk berwakaf untuk surau ini https://bit.ly/wakaf-mustaqimah
Kempen 1 Bulan 1 Wakaf
Wakaf turut berperanan dalam meningkat ekonomi negara. Untuk itu, PPZ-MAIWP telah melancarkan Kempen 1 Bulan 1 Wakaf yang bertujuan untuk mengutip dana bagi menampung kos perbelanjaan dan pembinaan semula 5 buah surau terpilih di Wilayah Persekutuan setiap bulan.
Kempen ini akan berlangsung selama 5 bulan bermula 1 Ogos hingga 31 Disember 2023. Sambil berwakaf, pewakaf juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti Haier 50” Android TV, bagasi, Samsung Galaxy Tab A8, Samsung Galaxy A24, jam tangan G-Shock serta hadiah bulanan seperti jam tangan Buruj dan eBaucar RM50 Foodpanda.
Jom Berwakaf di PPZ-MAIWP.
Orang ramai boleh membuat bayaran wakaf tunai melalui beberapa kaedah saluran pembayaran seperti kaunter PPZ-MAIWP dan Kaunter Zakat dan Wakaf Bergerak.
Boleh juga berwakaf secara online di wakafppz.com.my.
Untuk maklumat mengenai kempen ini, layari https://www.zakat.com.my/1bulan1wakaf/
Mari kita sama-sama invest untuk saham akhirat kita bersama. Ikhlas kita memberi, ganjarannya pasti abadi.
The post “Terlampau padat sampai terpaksa solat atas jalan raya” – Keadaan surau yang uzur dan sempit, PPZ-MAIWP seru masyarakat berwakaf appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/c8tTaXK
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment