Akhirnya bersuara, ibu Shila Amzah perli menantu? – “Awak juga cuci kaki masuk rumah”
Ibu kepada penyanyi Shila Amzah, Fauziah Sarman akhirnya tampil bersuara mengenai konflik yang sedang berlaku dalam keluarga mereka.
Berdasarkan laporan mStar, Menerusi muat naik di laman Instagramnya, Fauziah ada menyebut tentang ‘orang luar’ yang didakwa merujuk kepada menantunya, Ubai.
Fauziah berkata, ‘orang luar’ itu juga tiada beza dengan dirinya yang turut menumpang kekayaan Shila selepas mendirikan rumah tangga.
Ibu Shila Amzah perli menantu?
“Untuk ‘orang luar’ yang emak pernah tatang bagaikan anak sendiri, terima kasih melayan emak begini.
“Untuk ‘orang luar’ yang baru memiliki Nurshahila, terima kasih membuat kesimpulan yang hanya memenangkan diri kalian.
“Kita tiada beza.. awak juga cuci kaki masuk rumah,” tulis Fauziah dalam muat naiknya.
Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Fauziah pada awal pagi Jumaat dan meluahkan perasaan mengenai isu yang sedang berlaku dalam keluarganya.
Menerusi muat naik itu juga, Fauziah mendakwa bahawa penyanyi tersebut juga mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.
“Disebabkan rumah pusaka ni juga tergamak Shila mengeluarkan kata-kata kesat kepada mak, tak tergamak mak nak tulis kata-kata itu.
“Ye, benar.. memang Shila tak halau mak tapi kata-kata Shila. Mak faham,” katanya.
Fauziah juga berkata hatinya hancur atas perbuatan Shila dan bersuara untuk menjaga maruahnya, bukan untuk memenangkan anak-anak yang lain.
“Hati emak memang sudah dikisar halus. Emak bersuara demi maruah emak. Banyak rahsia yang emak simpan sorok selama ini demi namamu sebagai bintang popular.
“Terima kasih Nurshahila kerana beri ruang untuk orang hina dan keji emak sendiri dalam video live. Allah tahu kebenarannya.
“Buat masa ni, emak belum dapat maafkan dan emak tak redha dengan apa yang Shila buat. Berhenti menipu!” tulisnya.
https://ift.tt/AZrycCs
Namun begitu, hantaran tersebut dipercayai telah pun dipadam oleh wanita berumur 56 tahun itu tidak lama selepas ia dimuat naik.
Beberapa hari lalu, adik bongsu Shila iaitu Syada Amzah telah membuat hantaran mendakwa dia bakal dihalau keluar dari kediamannya atas sebab penyanyi itu mahu menjual rumah tersebut.
Namun begitu, penyanyi berkenaan menafikan dakwaan mahu menghalau keluarganya namun dia ingin menjual kediaman itu untuk membeli rumah baharu yang lebih sesuai dengan keluarganya.
Sumber: mStar
The post Akhirnya bersuara, ibu Shila Amzah perli menantu? – “Awak juga cuci kaki masuk rumah” appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/PiYfp5l
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment