Ayda Jebat mahu ikat peranakan, suami pula halang – “Nanti kalau i takde…”
Keinginan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat untuk ‘ikat peranakan’ atau Bilateral Tubal Ligation (BTL) tidak kesampaian apabila dihalang oleh suaminya Nabil Mahir.
Menerusi satu hantaran di laman Instagramnya, Ayda berkongsi perbualannya bersama suami sekiranya mereka ingin menambah cahaya mata.
Ayda Jebat mahu ikat peranakan?
Ayda berkata, bertanya kepada Nabil yang juga pengacara sama ada mahu mengikat peranakannya atau merancang bagi menambah zuriat sekiranya mempunyai rezeki.
“Dah dapat sepasang, nak terus ikat atau nak tambah baby (bayi) lagi kalau ada rezeki?” tanya Ayda.
“Tak nak ikat,” jawab Nabil ringkas.
Jawapan suaminya kepada soalan penyanyi berusia 31 tahun itu membuatkan Ayda terdiam seketika dan hampir menitiskan mata.
Artikel berkaitan: Ayda Jebat bakal timang cahaya mata lelaki
“Dua pun alhamdullilah cukup, tapi tak payah ikat. Nanti kalau saya takde, kalau awak kahwin lain mana tahu suami baru awak nak ada anak dengan awak,” tambah Nabil.
Ayda kemudian berkongsi bahawa dia berpura-pura tertawa mendengar jawapan suami namun jauh di sudut hatinya, dia hilang kata-kata.
“Macam mana dia boleh fikir macam tu… I will always love you,” tulis Ayda dalam hantarannya semalam.
Sekadar info, pasangan itu berkahwin pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun. Kini, Ayda sedang hamil anak kedua mereka dengan kandungan berusia lapan bulan.
Sumber: Instagram Ayda Jebat
The post Ayda Jebat mahu ikat peranakan, suami pula halang – “Nanti kalau i takde…” appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/XgbSMTo
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment