Header Ads

Anak tak sahut panggilan, Aaron Aziz sunyi ditinggal seorang diri – “Ada harta pun tak guna tanpa keluarga”

Pelakon Datuk Aaron Aziz berkongsi kepada peminat bahawa hidupnya sunyi tanpa kehadiran isteri dan anak-anaknya.

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya, pelakon berusia 47 tahun berkata walaupun memiliki kemewahan harta benda namun tanpa keluarga di sisi, semua itu tidak bermakna.

“Hari ini saya bangun, saya rasa macam sedih. Tanpa keluarga dan anak-anak, hidup ini tidak bermakna walaupun kita ada rumah, kereta dan harta,” katanya.

Menurutnya, dia berseorangan di rumah kerana isterinya Diana Halik dan anak perempuannya Dahlia Arissa pulang ke kampung halaman.

Manakala anak sulungnya, Danish Anaqi pula berada di kem tentera sementara anak keduanya, Dwi Ariana kini berada di kolej.

“Inilah keadaan di rumah, walaupun besar tapi tanpa keluarga, semua ni tidak bermakna,” ujarnya.

Rakaman berdurasi seminit 54 saat itu menunjukkan Aaron berkongsi suasana rumah sambil memanggil isteri dan anak-anak, namun panggilan tersebut hanya dibalas dengan gema suara dalam rumah berkenaan.

Rata-rata netizen berkongsi rasa sama dengan pelakon filem Abang Long Fadil itu yang menyifatkan tanpa keluarga pasti timbul rasa kekosongan.

Kosong tanpa keluarga…

Sunyi tanpa isteri dan anak-anak

Selain itu, ada juga yang meninggalkan komen walaupun anak-anak masih tinggal bersama-sama tetapi apabila keluar dalam beberapa jam, ibu bapa sudah berasa sunyi.

Keluar dua, tiga jam pun dah sunyi

Anak-anak dah besar, mereka pun mulalah tinggalkan kita

Untuk rekod, Aaron dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 20o3 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Danish Anaqi, 18, Dwi Ariana, 17, dan Dahlia Arissa, 13.

Sumber: Instagram Aaron Aziz

The post Anak tak sahut panggilan, Aaron Aziz sunyi ditinggal seorang diri – “Ada harta pun tak guna tanpa keluarga” appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/5T8ak4J
sumber : ohmymedia.cc

No comments