6,000 peminat imbau nostalgia, Butterfingers rai dua dekad album Malayneum
Konsert Malayneum 23 menyaksikan kumpulan rock legenda, Butterfingers memberikan persembahan penuh bertenaga buat kira-kira 6,000 peminat yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada Sabtu lalu.
Selepas kejayaan Konsert Transcendence 20 Tahun pada 2019, Butterfingers kembali mengimbau nostalgia kegemilangan kemuncak muzik sekali gus meraikan dua dekad penghasilan album keempat mereka iaitu Malayneum.
Vokalis utama Emmett berkata, Malayneum adalah satu album ‘underrated’ yang lahir sebelum mereka memasuki “Era hibernasi peti ais” (hiatus) dan seluruh ahli kumpulan tidak dapat berpeluang meraikan dengan secukupnya.
“Kebanyakan lagu-lagu dalam album ini juga kesemuanya jarang dimainkan di atas pentas dan ada yang langsung tidak pernah dipersembahkan.
“Album ini datang dengan bunyi-bunyian yang tidak ‘grunge’ seperti kebanyakan album yang kami ada,” kata Emmet atau Emmett Roslan Ishak.
Bagi teraju utama Butterfingers, Loque atau Khairil Ridzwan Annuar pula, mereka percaya semua pendengar dan pengikut kultus sentiasa dahagakan persembahan secara siaran langsung.
“Kami juga percaya, tindak balas kimia yang kami salurkan apabila kami berempat berentap bersama di atas pentas sejak pasca Transcendence 20 menggamit nostalgia serta mengukir memori baru baik kepada penonton juga kepada kami ahli kumpulan,” ujarnya.
Foto: IG Loko Motif
Konsert Malayneum 23 dilihat menyuntik elemen akustik dan elektronik seperti penggunaan ensemble biola ‘string quartet’, ‘horn section’ dan juga permainan runut sampel antaranya suara Cikgu, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan synthesizer.
Antara lagu dipersembahkan adalah Malayneum, No One Else, Antidotes, State Of Abbysmal, Ugly, Faculties, Floating In A Vacuum, Mating Season, Pretty Rain, Royal Jelly, The Chemistry, Epitome, Garden C, Pacific, Viopipe, Wet Blanket, Skew, To Gather, E, Sad Sunday, Sober, Chrome, Inhale dan Suddenly.
Selepas beraksi hampir tiga jam, Butterfingers mengakhiri persembahan menerusi segmen ‘encore’ dengan menyampaikan lagu Jump And Dive dan Tahun 2001.
Turut hadir bekas Ahli Parlimen Rembau yang kini penyampai radio Hot FM, Khairy Jamaluddin dan juga bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.
The post 6,000 peminat imbau nostalgia, Butterfingers rai dua dekad album Malayneum appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/hudQF75
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment