Header Ads

Azri Iskandar dedah hubungan dengan Azra renggang, sedang kenali wanita lain

Pelakon, Azri Iskandar seakan memberi bayangan bahawa hubungan cintanya dengan seorang ‘wanita misteri’ yang dikenali sebagai Dr Azra sedikit renggang selepas lebih setahun tidak bertemu.

Rindu tapi dah lebih setahun tak jumpa

Memetik laporan dari Harian Metro, Azri memaklumkan yang dia merindui kekasih hatinya dan hubungan mereka juga sudah tidak seperti dahulu lagi.

“Mestilah rindu sebab dah bercinta,”
“Kali terakhir saya bertemu dengannya adalah lebih setahun lalu. Dulu, hari-hari juga kami berhubung walaupun tak berjumpa. Sekarang dah tak seperti dulu lagi.
“Saya tak bergaduh dengan dia. Dia memang wanita yang baik. Cumanya, kami jadi renggang sebab jarang berpeluang untuk berjumpa,” katanya.

Azri Iskandar kenali wanita lain

Susulan daripada itu, anak-anak dan bekas isterinya, Ellie Suriaty menyarankan untuk mencari wanita lain sebagai pasangan jika situasi tersebut terus berlarutan.

“Anak-anak suruh cari orang lain sebab pada mereka, dia (Azra) nampaknya seperti tak ikhlas. Sampai sekarang, Ellie suruh saya cari orang lain (sebagai pasangan).
“Sebelum ini, saya ada keluar dengan wanita lain juga dan yang itu mendapat sokongan daripada anak-anak saya. Kata mereka, kalau yang itu, okay.
“Saya sedang berkawan dengan wanita lain juga. Ada yang saya kenal itu bekerja dalam industri juga dan ada yang tidak. Tapi, bukanlah pelakon,” katanya.

Azri Iskandar tegaskan Azra wujud

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 55 menegaskan bahawa wanita yang dicintai itu memang wujud dan mengatakan bahawa Dr Azra mempunyai kenalan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Namun, dia mengatakan bahawa jika dirinya menjadi Dr Azra, sudah tentu akan menunjukkan diri sebagai tanda sayang terhadap pasangan.

“Apa salahnya kalau dia muat naik sekeping gambar supaya orang tahu kewujudan dia. Isunya sekarang, orang ingat dia tak ada dan hanya ada dalam otak saya saja. Sebenarnya dia memang ada. Ada kawan-kawan yang belajar dengannya di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) pun kenal dia.
“Kalau saya jadi dia, saya akan ‘keluar’ (dedahkan kewujudan) sebab tak tergamak buat begini. Barulah tandanya sayang,” katanya.

Artikel lain: Azri Iskandar dedah perkembangan majlis kahwin – “Duit tak cukup lagi”

Sebelum ini, pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam berkenaan menyatakan hasrat bakal berkahwin dengan seorang wanita yang digambarkan sebagai seorang yang mempunyai Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang muzik.

Dia juga merupakan penulis skrip dan sedang berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

Namun, sudah beberapa kali perancangan untuk mendirikan rumah tangga ditunda dan kali terakhir memaklumkan akan berkahwin pada tahun lalu tetapi kewangan belum mencukupi.

Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri)

The post Azri Iskandar dedah hubungan dengan Azra renggang, sedang kenali wanita lain appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/98ZiUA1
sumber : ohmymedia.cc

No comments