Header Ads

NRC bantu semak dan selaras semula isu berbangkit dalam kalangan pelajar IPT

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) baru-baru ini telah menganjurkan Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara di perkarangan KPT, Putrajaya dan majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof pada 23 Oktober 2023 yang lalu.

Agenda utama program ini dianjurkan adalah untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas semua pihak termasuk orang awam tentang prinsip dan dasar pendidikan tinggi negara yang telah diselaras semula oleh National Review Committee (NRC).

Tujuan program ini juga adalah untuk memupuk semangat terbuka, ketelusan dan kerjasama sesama individu dan organisasi yang terlibat dalam ekosistem pendidikan tinggi negara.

Ramai pelajar dari seluruh universiti di Malaysia hadir memeriahkan hari terbuka tersebut dimana rata-rata memberi pandangan yang positif terhadap program ini.

NRC bantu pelajar selesaikan isu berbangkit pelajar

Menurut Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Zulfikri Zulkifli, Jawatankuasa National Review Committee atau NRC yang ditubuhkan sangat membantu pihak pelajar bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS).

“Kalau kita nak selesaikan masalah satu generasi di IPT, golongan atau orang yang terbaik untuk kita tanya adalah melalui golongan itu sendiri. Jadinya, perlu tanya kepada pelajar balik lah.

“Kemungkinan kalau kita tukar dasar atau kokurikulum tersebut, belum tentu kokurikulum itu sesuai dengan penerimaan pelajar generasi tersebut. Bagi saya, kita perlu minta pendapat dan sokongan dari pelajar itu sendiri,” katanya.

NRC ambil masa tiga bulan semak semula dasar sedia ada

NRC yang ditubuhkan akan memastikan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MHEB) dapat diselaraskan segera dengan proses menyemak semula dasar-dasar ini yang hanya mengambil masa tiga bulan, bukan bertahun lamanya.

Platform baik untuk buka mata mahasiswa dengan inovasi terkini pendidikan tinggi

Sementara itu, menurut Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan, Muhammed Yusuf Hassan, hari terbuka ini menjadi satu platform untuk membuka mata mahasiswa bahawa KPT telah membawa inovasi pendidikan tinggi ke arah pendigitalan.

“Saya percaya, aktiviti sebegini perlu kerap diadakan bukan sahaja pada hari terbuka, malah untuk program masa hadapan supaya dapat membuka minda mahasiswa dan pendedahan buat mereka tentang ilmu pendigitalan ini,” ujarnya.

Selain itu, Setiausaha Agong MPPK Azhar Zulkifli berkata, hari terbuka ini memperlihatkan bahawa kerajaan cakna dengan apa yang terjadi kepada mahasiswa dan kebanyakan isu berbangkit telah diselesaikan oleh pihak KPT.

KPT komited menaik taraf sistem pendidikan tinggi negara

Begitu juga dengan Pengarah Komunikasi MPPK, Naratul Huda yang menyifatkan ia memberi impak positif terhadap program dianjurkan KPT.

“Hari terbuka ini telah menunjukkan bahawa mereka komited dalam menaik taraf pendidikan tinggi negara setaraf dengan pendidikan antarabangsa,” katanya.

KPT buka peluang orang ramai, bincang lebih terperinci isu dan dasar

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Dr Azlinda Azman, hari terbuka ini memberi peluang kepada orang ramai dalam memberi maklum balas dengan lebih terperinci terhadap perkara yang perlu dinilai semula dari segi perkhidmatan dan keberkesanan birokrasi.

“Terdapat tujuh aspek yang ingin kita lihat terutamanya dari segi sumber yang terhad dan bagaimana kita boleh jalankan kerjasama berkesan dengan kementerian dan agensi lain dalam menawarkan perkhidmatan dalam bidang pendidikan tinggi di Malaysia,” ujarnya.

Tambah beliau, KPT juga berharap agar para pelajar sentiasa mencari dan menggunakan peluang selain tidak malu untuk mendapatkan informasi yang terbaik buat diri sendiri.

The post NRC bantu semak dan selaras semula isu berbangkit dalam kalangan pelajar IPT appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/qNEhCRd
sumber : ohmymedia.cc

No comments