Belanjawan 2024: PERKESO laksana enam inisiatif babit RM200 juta
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) laksana enam inisiatif dalam Belanjawan 2024 demi mencerminkan tekad kerajaan untuk memangkin pertumbuhan pekerjaan baharu sekaligus merungkai kelompangan jaringan perlindungan sosial.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, inisiatif Bina Kerjaya PERKESO, Sokongan Pekerjaan di sektor swasta bagi bekas banduan, Orang Kelainan Upaya (OKU), pesara dan integrasi kumpulan sasaran tersebut ke dalam sektor awam.
Datuk Seri Dr Mohammed Azman
Menerusi satu kenyataan, beliau berkata rangkaian inisiatif itu selari dengan hala tuju yang digariskan kerajaan untuk dilaksanakan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang menyasarkan pewujudan 1.34 juta peluang pekerjaan.
“Penekanan kepada inisiatif peningkatan kemahiran dapat membantu pekerja sedia ada dalam sektor tidak formal dan formal bagi melengkapkan diri dalam menceburi peluang pekerjaan baharu.
“Rangkaian peluang kerjaya baharu ini dijangka wujud sejajar peralihan ekonomi ke digitalisasi, tenaga boleh diperbaharui serta pekerjaaan hijau.
“Justeru, galakan Perdana Menteri dan Menteri Sumber Manusia dengan menyediakan insentif menerusi suntikan fiskal dalam Belanjawan 2024 bakal menjadi pemangkin ke arah peningkatan jumlah pekerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan pasaran buruh di Malaysia,” katanya semalam.
Pada pembentangan Belanjawan 2024 Jumaat lalu, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan lebih RM200 juta kepada PERKESO bagi menerajui pelaksanaan inisiatif merangkumi kepentingan memperkasa jaringan perlindungan sosial dan merancakkan pasaran buruh negara.
Dr Mohammed Azman berkata, berdasarkan semakan terhadap portal MYFutureJobs, jumlah pencari kerja wanita bagi tempoh antara Januari hingga 6 Oktober lalu adalah seramai 198,751 orang.
Justeru, PERKESO akan berusaha mempertingkat dan memperkasakan lagi portal perkhidmatan pekerjaan itu untuk manfaat semua lapisan masyarakat.
Maka, akses pekerjaan kepada rakyat akan lebih mudah menerusi perkhidmatan padanan pekerjaan dan sokongan pekerjaan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO.
Jelasnya, perangkaan ini termasuk pencari kerja wanita yang ingin beralih kepada pekerjaan baharu dan mereka yang sedang menganggur.
PERKESO laksana enam inisiatif
“Berbekalkan inisiatif Belanjawan 2024 seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, ia akan dapat meningkatkan lagi pembabitan wanita dalam pasaran buruh.
“Ini selari sasaran 60 peratus kadar penyertaan tenaga kerja wanita seperti direncana dalam Kerangka Ekonomi MADANI,” ujarnya.
Menyentuh komponen memperkasa jaringan perlindungan sosial, beliau berkata penekanan kerajaan ketika ini terarah kepada sektor ekonomi penjagaan (care economy) dan individu bekerja sendiri, khususnya bagi penggiat industri gig.
Oleh itu, beliau berharap semua penyedia platform gig menyambut baik dan memberi perhatian kepada saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anuar Ibrahim dan Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dalam meningkatkan perlindungan keselamatan sosial dengan mengambil inisiatif menanggung baki 10 peratus caruman bagi penggiat gig demi kebajikan mereka.
Artikel berkaitan: Hilang upaya bekerja, PERKESO beri bantuan kewangan sepanjang hayat
Selain itu, percaturan kerajaan untuk meningkatkan siling gaji diinsuranskan ke paras RM6,000 berbanding RM5,000 adalah bertepatan kerana peningkatan ini akan meningkatkan faedah tunai kepada kadar 20.2% untuk manfaat 1.45 juta pekerja dan orang tanggungan mereka sekaligus melindungi kebajikan rakyat.
“Dengan lonjakan peruntukan sebanyak 150 peratus kepada RM50 juta untuk Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), lebih ramai golongan suri rumah dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah dan miskin tegar dapat dilindungi.
“Berdasarkan pangkalan data e-Kasih setakat Ogos 2023, kita mempunyai lebih 500,000 suri rumah yang menepati kelayakan Geran Caruman SKSSR, dengan 166,666 sudah didaftarkan ke skim ini.
“Sehubungan itu, baki golongan suri rumah lain yang direkodkan dalam pangkalan data e-Kasih akan berpeluang mendapat tajaan caruman, menerusi peruntukan RM50 juta yang diberikan kerajaan,” katanya.
Bagi penggiat industri gig pula, keputusan menaikkan geran padanan caruman oleh kerajaan kepada 90 peratus, berbanding 80 peratus sebelum ini bakal memberi kelegaan.
Selain itu, kenaikan geran ini juga akan meningkatan pendapatan boleh guna kira-kira 480,000 individu yang berkhidmat di industri dikenali sebagai ekonomi lejang ini.
Beliau berkata, syor kerajaan supaya pengendali platform gig untuk menampung 10 peratus lebihan caruman juga adalah wajar, memandangkan bayaran berkenaan perlu dilihat sebagai pelaburan jangka panjang dalam aspek kelangsungan kebajikan pekerja.
“Saya yakin, dengan rangkaian inisiatif direncana kerajaan menerusi Belanjawan 2024 berupaya menjadi pemacu perubahan struktur yang perlu kita harungi, terutama selepas pandemik COVID-19,” ujarnya.
The post Belanjawan 2024: PERKESO laksana enam inisiatif babit RM200 juta appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/vSDj2dF
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment