Elly Mazlein ‘amuk’ netizen biadap, hina rezeki orang guna nama agama
Kontroversi melibatkan selebriti versatil, Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom di pentas program All Star Gegar Vaganza masih lagi menjadi perbualan.
Belum lagi reda isu penarikan dirinya sebagai pengacara, timbul pula sindiran pedas yang dikongsi di Insta Story sewaktu rancangan ASGV bersiaran malam tadi.
Komen biadap netizen di Instagram
Namun, Elly nampaknya belum mengulas lanjut perihal isu tersebut tetapi memuat naik tangkapan layar komen yang diterima dari netizen yang menyelar dirinya secara kasar serta menyentuh isu sensitif.
Elly Mazlein minta individu tak buat kerja Tuhan
Susulan daripada tindakan individu terbabit yang seakan menghinanya serta mereka yang terlibat dalam ASGV, Elly telah tampil menjawab komen biadap pengguna media sosial berkenaan dengan memintanya tidak membuat kerja Tuhan apabila sesuka hati menjatuhkan hukum.
Ujar pengacara tersebut, tindakan netizen terbabit sangat memalukan dan sekali gus melambangkan keperibadiannya yang tidak baik.
Dia juga menggelar individu berkenaan sebagai penunggang agama kerana membawa-bawa nama Tuhan sedangkan diri sendiri menghina rezeki orang lain.
Elly Mazlein sindir siapa
Komen biadap yang diutarakan netizen tersebut mungkin berhubung kait dengan kenyataan Elly Mazlein yang dikongsikan malam tadi.
Walaupun, tidak menyebut gerangan individu yang disindirinya itu namun ramai yang membuat spekulasi ia ada kena mengena dengan rancangan yang pernah dikendalikannya sebelum menarik diri itu.
Artikel lain: “Risau Astro hantar Tanjung Rambutan”- Terlalu ‘hyper’, ramai terhibur lihat gelagat Kak Lina
Apa-apa pun, semoga semua yang telah berlaku hanya salah faham sahaja dan mungkin mereka akan ada rezeki untuk berkerjasama lagi selepas ini.
Sumber: Instagram iamellymazlein
The post Elly Mazlein ‘amuk’ netizen biadap, hina rezeki orang guna nama agama appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/ThKZ82U
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment