Biarpun dah jadi pramugara, Wan Ellyas tetap ‘Tajol Dunia Baru’ buat netizen
Nama pelakon Wan Ellyas kembali menjadi bualan ramai selepas tular sebuah video dimuat naik rakan sekerjanya yang memaparkan dirinya sedang sibuk melayan penumpang sebuah syarikat penerbangan.
Bila kawan sekerja kau, Wan Ellyas artis bertugas
Biarpun dia kini dalam dunia penerbangan dan tidak lagi aktif dalam dunia lakonan, namun aura watak Tajul menerusi drama bersiri Dunia Baru suatu ketika dahulu masih lagi kuat di kalangan netizen terutama peminat.
Menerusi video tular, selebriti berusia 42 tahun itu dilihat melayani para penumpang Amal by Malaysia Airlines yang membawa kumpulan umrah.
Dalam pada itu, rakan sekerjanya mengatakan disebabkan populariti Wan Ellyas sebagai pelakon, ramai penumpang mahu bergambar dengannya sewaktu sedang bertugas.
“Multitasking terus ya bila partner (rakan sekerja) kau retis (artis)! Hahahaha,”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
@wahyuhee21 Multitasking terus yee bila partner kau retis ! Hahahhaaha
Eh, Tajul kawan Adif.. rajin berniaga dia ni dulu
Seperti dijangka, video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memanggilnya Tajol iaitu wataknya dalam drama dan filem Dunia Baru.
Mereka juga tidak menyangka bahawa pelakon itu kini bekerja sebagai pramugara.
Sebelum ini, Wan Ellyas mendedahkan dirinya menyertai penerbangan Malaysia MAS pada 7 Sept 2011 lalu, iaitu pada tarikh hari lahir beliau.
Untuk rekod, Wan Ellyas mula dikenali menerusi drama Dunia Baru pada tahun 2006, lakonan bersama Pierre Andre, Elyana, Almy Nadia, Iqram Dinzly, Anne Ngasri dan ramai lagi.
Pada tahun lalu, dia juga turut berlakon dalam drama TV3 berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali lakonan bersama Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim.
The post Biarpun dah jadi pramugara, Wan Ellyas tetap ‘Tajol Dunia Baru’ buat netizen appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/VY5vg3w
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment