Header Ads

Sophia AlBarakbah cuma wanita biasa, minta para isteri pelakon usah ‘insecure’

Pelakon jelita, Sophia AlBarakbah menyatakan dirinya hanyalah seorang wanita biasa sahaja dan tidak perlu rasa ‘diancam’ jika suami mereka digandingkan bersama dalam mana-mana drama mahupun filem.

Aktres berusia 30 tahun itu berkata, perasaan tersebut tidak sepatutnya wujud di kalangan para isteri aktor kerana dirinya hanya menjalankan tugas sebagai seorang pelakon.

“Tak perlu rasa insecure (tidak selamat) sebab saya hanyalah wanita biasa dan manusia normal.
“Namun, semua itu terpulang kepada pendirian masing-masing, Tiada yang perlu diulas lebih lanjut mengenai perkara ini,”katanya.

Sophia AlBarakbah

Tegas pelakon drama bersiri From Saga With Love, dirinya tidak pernah mencampuradukkan urusan kerja dan peribadi.

Malah, sentiasa bersikap profesional dalam menjayakan apa-apa sahaja watak yang diberikan.

“Saya memang profesional apabila bekerja, walau apapun terjadi, saya melakonkan watak yang diberikan sahaja.
“Jadi, tak perlu nak rasa takut atau bimbang sebab saya bukan ancaman pun. Pada akhirnya, semuanya mengenai kepercayaan terhadap pasangan masing-masing,” katanya lagi.

Artikel lain: Isu dituduh ‘sondol’ Aliff Aziz, Sophia Albarakbah akui emosi kacau bilau

Artikel lain: Bella Astillah dakwa Sophia AlBarakbah menipu, balik selepas Aliff buat persembahan

Meskipun dihimpit kontroversi, Sophia meluahkan rasa syukur kerana masih menjadi pilihan penerbit sebagai teraju utama drama dan filem.

“Alhamdulillah, saya percaya penerbit dan pengarah mengambil saya berlakon bukan kerana kontroversi semata-mata tetapi disebabkan bakat dan sudah tertulis rezeki saya,”luahnya.

Sophia A

Sebelum ini, nama Sophia kerap kali menjadi bualan warganet selepas dikaitkan gosip cinta lokasi dengan suami penyanyi, Bella Astillah iaitu Aliff Aziz menerusi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Bahkan, baru-baru ini juga namanya terpalit selepas hadir ke program realiti, Gegar Vaganza musim ke-10 yang dikatakan bagi memberi sokongan kepada Aliff Aziz.

Bagaimanapun, dakwaan tersebut ditangkis dengan menegaskan dirinya hadir bagi memberi sokongan kepada sepupunya, Aisha Retno yang membuat persembahan untuk segmen GV Live+ pada hari tersebut.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali)

The post Sophia AlBarakbah cuma wanita biasa, minta para isteri pelakon usah ‘insecure’ appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/qb4BD2c
sumber : ohmymedia.cc

No comments