Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara, buka peluang orang ramai bagi maklum balas terhadap sistem pendidikan tinggi negara
Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara yang dianjurkan di perkarangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Putrajaya hari ini mendapat sambutan memberangsangkan dalam kalangan semua warga pendidik.
Ia sebagai sokongan ke atas cadangan Jawatankuasa Menyemak & Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (National Review Committee atau NRC) bagi menilai semula semua prinsip dan dasar dalam sistem pendidikan tinggi Malaysia.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam kenyataan terdahulu menjelaskan, landskap pendidikan tinggi ketika ini dilihat lebih rumit dan mencabar.
Justeru, ia mendorong kepada penubuhan Jawatankuasa NRC supaya ia dapat memberi saranan penambahbaikan dalam tempoh tiga bulan.
“Hari Terbuka ini dianjurkan sebagai satu proses kritikal untuk memastikan segala saranan tersebut, bukan sahaja bersifat praktikal dan bermakna kepada pendidikan tinggi negara.
“Namun, benar-benar menjawab keperluan masyarakat dan negara,” katanya pada majlis perasmian penutup Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara di Putrajaya, hari ini.
KPT dalam satu kenyataan pula berkata, dalam tempoh tiga bulan pelaksanaan, Jawatankuasa NRC sudah mengenal pasti 58 cadangan utama daripada 874 isu awal.
“Jawatankuasa NRC berperanan mengenal pasti isu-isu yang menghalang sektor pendidikan tinggi daripada mencapai potensi penuhnya, di samping membentangkan cadangan untuk mengatasi isu-isu tersebut, dengan matlamat utamanya adalah untuk mendorong kemajuan dan meningkatkan daya saing dalam ekonomi global yang sangat kompetitif.
“Selain itu, program turut memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi pandangan dan maklum balas berkenaan cadangan yang diunjurkan oleh Jawatankuasa NRC,” ujar KPT.
Acara yang berlangsung hari ini telah membentangkan lapan syor tumpuan menerusi tiga tema utama bagi menghasilkan perubahan oleh Jawatankuasa NRC.
Tiga tema tersebut adalah berkenaan penciptaan sistem berprestasi tinggi yang mampan, penciptaan nilai untuk pelajar dan pembangunan bakat serta penciptaan tadbir urus yang tangkas dan cekap.
Pelbagai pengisian menarik sepanjang Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara termasuk Pameran Pendidikan Tinggi yang bertemakan ‘IPT Pemangkin Pembangunan Negara MADANI’ seperti pameran Produk Inovasi IPT dan banyak lagi.
The post Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara, buka peluang orang ramai bagi maklum balas terhadap sistem pendidikan tinggi negara appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/osx2VRB
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment