Pengarah JSJ beri amaran, minta polis henti budaya subahat dengan sindiket
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberikan amaran keras terhadap mana-mana pegawai bawahannya yang bersekongkol atau subahat dengan sindiket jenayah.
Dalam satu muat naik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Facebook, beliau berkata dalam Majlis Amanat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Universiti Sains Malaysia baru-baru ini, sama ada pegawainya berubah atau mereka dipindahkan.
Beliau mengambil serius mengenai isu ini disebabkan terdapat pegawai yang sanggup mengorbankan nyawa rakan setugas demi imbuhan wang dari sindiket tersebut.
“Perkara ini berlaku disebabkan tiada penyeliaan di bawah (peringkat kontinjen dan daerah) untuk memantau dan melihat cara hidup pegawai dan anggota bawahan mereka.
“Bagaimana seorang sarjan boleh memiliki Alphard, Vellfire, atau Mercedes? Adakah pegawai atasan mereka atau penyelia bertanya bagaimana mereka boleh miliki kereta mewah? Ada buat pengisytiharan harta,” katanya.
Mohd Shuhaily berkata, penyeliaan daripada pegawai atau penyelia atasan ini adalah satu perkara yang sedia ada dalam arahan penugasan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Sebab itu, ada antara pegawai dan anggota di bawah penyeliaan anda buat benda merapu-rapu. Sebab apa? Sebab bos sendiri tak ambil peduli. Bukan setakat tak ambil tahu tapi bosnya pun sama.
“Ada bos bersama sarjan pergi beli kereta mewah berdua (hasil imbuhan sindiket) selain turut sama memilih nombor pendaftara kenderaan mereka. Inilah sebenarnya yang terjadi dalam pasukan,” ujarnya.
Beliau juga memberi amaran jika ada daripada 130 Ketua-Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) yang gagal menjalankan tugas mengikut arahan pasukan PDRM, mereka bukan sahaja akan ditukar tetapi akan menulis notis cadangan bahawa pegawai tersebut tidak layak diberikan kenaikan pangkat.
“Ini sebab mereka tidak layak diberikan tanggungjawab menyelia orang lain dengan pangkat lebih tinggi sedangkan dengan pangkat sedia ada pun gagal untuk jalankan tugas,” ujarnya.
Mohd Shuhaily juga berkata, beliau tidak meminta apa-apa daripada pegawai bawahannya, namun hanya mahukan kerja yang berkualiti daripada mereka.
“Saya cuma minta kerja yang berkualiti dan penghayatan kepada kerja yang dilakukan tapi tidak ada. Jiwa (pegawai) bukan memartabatkan pasukan namun jiwa untuk jaga tekak dan perut masing-masing.
“Saya memerlukan pegawai yang terus memajukan diri dalam ilmu kepolisan. Kerja ada peraturan dan amalan. Lama-lama ramai ikut amalan sedangkan amalan tu salah dari sudut undang-undang,” tambahnya
Katanya, beliau berharap untuk semua pegawai dan anggota jabatannya dari peringkat Bukit Aman sehingga balai polis untuk terus bekerja dengan cara yang betul selain menghentikan budaya ‘berkawan’ dengan sindiket.
Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia
The post Pengarah JSJ beri amaran, minta polis henti budaya subahat dengan sindiket appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/1LIe4ME
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment